Asas Penentuan Arah Kiblat

Authors

Nurulhuda Ahmad Zaki
Mohammaddin Abdul Niri

Keywords:

Ainul Kaabah, azimut, Greenwich, istiwa' matahari, istiwa' 'adzam, mujayyab

Synopsis

Setiap hari muslim seluruh dunia akan melaksanakan solat dan ibadah yang memerlukan mereka mengadap kiblat. Dalam aspek solat, mengadap kiblat adalah salah satu syarat sah solat. Manakala dalam menguburkan mayat, wajib dihadapkan ke arah kiblat. Begitu juga dalam beberapa amalan sunat yang lain yang memerlukan muslim mengadap kiblat. Maka kiblat adalah satu persoalan, perbincangan dan perlaksanaan yang penting kepada muslim seluruhnya. Perlaksanaan mengadap kiblat pada arah yang tepat adalah suatu isu yang sukar bagi muslim yang jauh dari Mekah. Namun begitu, pada era moden masa kini, pelbagai aspek ilmu dan teknologi dapat membantu umat Islam. Oleh demikian, penentuan kiblat adalah suatu perkara ijtihadi yang boleh ditentukan setepat yang mungkin. Kerana itu kita dapat melihat pada hari ini, arah kiblat dapat dihitung dan ditentukan menggunakan pelbagai peralatan yang canggih dan tepat. Namun ciptaan pelbagai alat canggih yang tiada henti hasil perkembangan ilmu moden turut memberi kesan kepada penentuan kiblat yang tepat. Isu ini adalah antara isu penting yang menjadi perhatian penting kepada umat Islam masa kini. Oleh demikian dalam buku ini dihasilkan untuk membahaskan tentang metode-metode dalam penentuan kiblat, bagaimana proses hitungan kiblat dilakukan, perbahasan fatwa tentang isu ketepatan kiblat serta isu-isu kiblat semasa. Diharapkan buku ini dapat dijadikan rujukan dan panduan asas kepada muslim seluruhnya berkaitan kiblat.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd. Ghani Salleh dan Mohammed Jusoh. (1997). Kertas Kerja Ilmu Falak dan Arah Qiblat.

Abd. Halim b Abd.Aziz. (2006). Penentuan Arah Kiblat di Angkasa; Kertas Kerja Seminar Isu Kiblat Kontemporari; Konvensyen Falak Selangor. Jabatan Mufti Selangor.

Adie Sufian Zulkefli. (2023). Pengurusan masjid mohon maaf laung azan maghrib awal, mohon penduduk ganti puasa. Akhbar astro Awani, 30 Mac 2023

Ahmad Izzuddin, Reza Akbar. (2018). "Kajian Kritis Atas Progres Sains Pada Bentuk Bumi Dan Keterkaitannya Dengan Paradigma Penentuan Arah Kiblat." Jurnal Falak 4 (2018): Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Ahmad Izzuddin. (2012). "Kajian Terhadap Metode-Metode Penentuan Arah Kiblat Dan Akurasinya." Kementerian Agama Republik Indonesia.

Ahmad Izzuddin. (2012). Metode Penentuan Arah Kiblat Dan Akurasinya."Paper presented at the Annual International Conference on Islamic Studies (AICIS XII), Surabaya.

Ahmad Jaelani, Anisah Budiwati, Encep Abdul Rozak, Faqih Baidhowi. (2012). Hisab Rukyat Menghadap Kiblat (Fiqh, Aplikasi Praktis, Fatwa Dan Software). Edited by Ahmad Izzuddin. Semarang: Pustaka Rizki Putra, 2012.

Al-'Idrusi, Haji Engku Ali Endut (Muhammad). (2007). Fiqh Solat: Memahami Ibadat Sembahyang. Kota Bharu: Jaffar Rawas Sdn Bhd.

Anisah Budiwati. (2014). "Fiqh Hisab Arah Kiblat: Kajian Pemikiran Dr. Ing Khafid Dalam Software Mawaqit." UNISIA 36, no. 81 (2014).

Asas Penentuan Arah Kiblat

Downloads

Published

1 May 2024

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-490-042-4

Physical Dimensions

How to Cite

Nurulhuda Ahmad Zaki, & Mohammaddin Abdul Niri. (2024). Asas Penentuan Arah Kiblat. Penerbit UTHM. https://publisher.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/451