SEHARUM TINTA SARJANA
Keywords:
Watak, penceritaan, manfaat, semangatSynopsis
Novel yang berada di tangan anda ini merupakan sebuah karya yang bercirikan kreatif-ilmiah yang menterjemahkan liku-liku kehidupan seorang wanita dalam mengajar sebuah cita-cita. Perjalanannya sering dilanda badai, tetapi tidak mematahkan semangat juangnya untuk berjaya dalam pengajian PhD. Novel ini berbeza dengan karya-karya lain yang berada di pasaran, kerana ia dibangunkan dengan watak seorang wanita bernama Hanum Dahlia, seorang ibu tunggal. Watak yang dicipta oleh penulis bertujuan untuk menghidupkan jalan cerita supaya lebih menarik dan tidak membosankan pembaca. Perjuangan dalam mendapatkan segulung ijazah PhD adalah pengalaman benar dan merupakan sebuah perkongsian berbentuk pengalaman penulis dan rakan-rakan dalam mengikuti Pengajian PhD. Pengisian novel ini adalah bersumberkan data primer dan sekunder iaitu daripada pengalaman penulis, pembacaan buku serta luahan secara langsung daripada rakan-rakan yang telah mengikuti Pengajian PhD. Watak yang terdapat dalam novel ini mungkin terdapat persamaan dengan watak di alam realiti. Ianya mungkin secara kebetulan sahaja. Selebihnya, ianya dicipta bagi melancarkan plot penceritaan, menarik minat pembaca dan menyuntik mood percintaan. Justeru, novel ini sesuai dibaca oleh semua golongan termasuk remaja, pelajar sekolah, pelajar universiti dan individu yang meminati karya kreatif. Semoga novel ini dapat memberi manfaat dan menyuntik semangat kepada mereka untuk meneruskan perjuangan.
Downloads
References
Abdullah Husain.______. Malam, Biarkan Ianya Berlalu. Dewan Bhasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
‘Aidh Bin Abdullah Al- Qarni. 2009. La Tahzan. Kuala Lumpur. Jasmin Publication.
‘Aidh Bin Abdullah Al- Qarni.2008. Indahnya Cinta. Kuala Lumpur. Al- Hidayah.
Darma Mohammad. 2008. Derai-Derai Debu. Tintarona Publications. Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.
Muhd Kamil Ibrahim. 2004. PhD Kecil Tapi Signifikan. Pusat Penerbitan Universiti- UITM (UPENA).
Muhd Kamil Ibrahim. 2008. Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kuala Lumpur. PTS.
Nisah Haron. 2009. Lenteran Mustika. Kuala Lumpur. PTS.
Mohammad Salleh. 2009. Terapi Solat Tahajud-Mujizat Penyembuh Penyakit. Kuala Lumpur. PTS.
Shahnon Ahmad. 1993. Sastera Sebagai Seiomograf Kehidupan. Dewan bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. 2008. Rasullullah Insan Teladan Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur. Anbakri Publika
Sdn. Bhd.
