MOBILITI PENGANGKUTAN WANITA
Keywords:
Mobilti, pengangkutan awam, wanita, pejalan kaki, keselamatanSynopsis
Mobiliti pengangkutan untuk wanita mempunyai konteks definisi mobiliti pengangkutan yang lebih luas. Walaupun tampak seperti suatu aspek perbincangan yang begitu khusus terhadap satu gender, mobiliti pengangkutan untuk wanita memerlukan suatu sistem dan dasar pengangkutan yang memberi keutamaan kepada pelbagai aspek antaranya aspek keselamatan, kebolehcapaian, keterjangkauan dan fleksibiliti yang memenuhi keperluan, cabaran dan halangan berbeza yang dihadapi oleh wanita. Konsep reka bentuk sejagat (universal design) yang begitu popular sejak 50 tahun yang lalu bukanlah suatu yang mudah dilaksanakan terutamanya dalam memastikan kesejahteraan dan kemudahan wanita untuk bergerak mencapai hasratnya. Oleh sebab itu, amat sukar untuk menemui bahan bacaan dan rujukan berkaitan mobiliti pengangkutan untuk wanita di Malaysia. Apatah lagi ditulis dalam bahasa kebangsaan. Buku ini telah ditulis berdasarkan beberapa siri kajian ilmiah yang dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun dan di olah menjadi satu naskah yang mampu menjadi sebuah rujukan khas kepada semua pembaca terutamanya bagi pelajar, ahli akademik, penggubal dasar dan orang awam yang ingin memahami mobiliti pengangkutan untuk wanita. Sebagai langkah awal untuk mendedahkan kepada pembaca dengan lebih terperinci mengenai mobiliti pengangkutan dan corak pergerakan wanita, buku ini diterbitkan dalam Bahasa Melayu dengan susunan bersifat umum dan diatur selengkap mungkin agar memberikan pemahaman secara mendalam kepada pembaca. Tujuan utama buku ini diterbitkan adalah untuk berkongsi dapatan kajian mengenai mobiliti pengangkutan untuk wanita. Oleh yang demikian, buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan bagi semua golongan lapisan masyarakat dan dapat dijadikan inspirasi bagi menambahbaik sistem pengangkutan di Malaysia untuk wanita.
Downloads
References
Abley, S. (2005). Walkability Scoping Paper (p. 2). New Zealand.
Bachok S, Osman MM, Ponrahono Z. Passenger’s Aspiration towards Sustainable Public Transportation System: Kerian District, Perak, Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences 2014, Oct 16; 153:553-565. doi:10.1016/j.sbspro.2014.10.088doi: http://home.kku.ac.th/sompong/ guest_speaker/KrejcieandMorgan_article.pdf
Cantwell M, Caulfield B, O’Mahony M. Examining the factors that impact public transport commuting satisfaction. Journal of Public Transportation 2009;12(2):1-21
Daamen, W., & Hoogendoorn, S. (2003). Experimental Research of Pedestrian Walking Behavior. Transportation Research Record, 1828(1), 20–30.
Eboli L, Mazzulla G. A methodology for evaluating transit service quality based on subjective and objective measures from the passenger’s point of view. Transport Policy 2011; 18(1): 172-181. doi: 10.1016/j.tranpol.2010.07.007
Federal Department of Town and Regional. (2012). Garispanduan Kejiranan Hijau (pp. 1–96). Kuala Lumpur.
Gebel, K., Bauman, A., & Owen, N. (2009). Correlates of nonconcordance between perceived and objective measures of walkability. Annals of behavioral medicine, 37(2), 228-238.