Sistem Pakar : Konsep & Penerapan
Synopsis
Sistem pakar merupakan salah satu cabang ilmu dalam teknologi Kecerdasan Buatan yang memainkan peranan penting dalam era perkembangan teknologi pengkomputeran cerdas buatan berasaskan pengetahuan. Sistem ini telah dipraktik dan dikomersialkan secara meluas di Negara-negara seperti Eropah, Jepun, Jerman dan Perancis. Sistem Pakar ini amat penting kerana keupayaannya memiliki pengetahuan dan pengalaman seorang pakar suatu bidang. Buku Sistem Pakar : Konsep dan Penerapan ini dihasilkan bagi membantu individu yang berminat untuk meneroka dengan lebih giat teknologi ini melalui penyelidikan dan pembangunan. Ia seterusnya mendorong peningkatan peratusan penerapan teknologi Sistem Pakar berasaskan pengetahuan di pelbagai sektor di Malaysia dari semasa ke semasa.