Warisan Melayu Perak

Authors

Ahmad Jelani Halimi
Ishak Saat

Synopsis

Buku ini merupakan sebuah koleksi artikel yang memuatkan warisan sejarah Melayu Perak yang merangkumi pelbagai aspek. Ia memuatkan sejarah perjuangan orang Melayu Perak menentang dan menuntut kemerdekaan daripada British dan juga perkembangan sektor pertanian di Perak. Buku ini disusun mengikut kronologi dan memperlihatkan perkembangan sejarah negeri Perak secara teratur dengan mengenengahkan peristiwa-peristiwa penting yang telah melakar dan mewarnai sejarah, seterusnya menjadi warisan Melayu Perak. Ia juga merangkup skop lingkaran yang meliputi zaman tradisi, zaman penjajahan dan era merdeka. Penyelidikan arkeologi dianggap penting kerana ia menjangkau zaman dan memberi urutan peristiwa yang tepat dan benar. Pengkajian ke atas artifak-artifak dapat membuktikan kesahihan tempoh masa dan juga kebenaran dakwaan kewujudan sesuatu tamadun. Buku ini boleh dijadikan batu asas kepada para pengkaji untuk menjelas, menegas, menghurai atau mempersoalkan kesahihan sejarah Melayu Perak dengan bantuan dokumen dan bukti-bukti baru yang ditemui.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

1 January 2010

Categories

Details about the available publication format: PDF

PDF

Co-publisher's ISBN-13 (24)

978-967-5457-18-0