Madrasah Idrisiah Bukit Chandan 19922-200 : Sumbangan dan Kejayaan
Synopsis
Penubuhan madrasah MadrasahIdrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak mengikut sistem pengajian agama di Mekah. Sistem pendidikan madrasah yang diamalkan jauh lebih sistematik khususnya dari segi organisasi dan pentadbirannya serta mempunyai ciri-ciri persamaan dengan sistem vernakular atau sistem sekolah Inggeris. Sistem pendidikannya memiliki sukatan pelajaran yang menyeluruh dalam semua bidang dan ianya mengandungi ilmu yang dikupas secara mendalam. Buku ini membuktikan peranan para umarak atau sultan-sultan dalam proses perkembangan ilmu Islam dalam masyarakat Melayu Islam. Madrasah Idrisiah dapat berperanan dengan baik atas faktor sokongan, sumber kewangan dan restu penaung agama negeri Perak yang prihatin terhadap perkembangan Islam. Dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Sultan negeri Perak, maka beberapa ulama besar telah dijemput untuk menerajui institusi agama ini dan memacunya ke arah kecemerlangan. Buku ini amat baik untuk tatapan para pengkaji sejarah, pendidik dan pelajar demi untuk menambah ilmu pengetahuan tentang perkembangan Islam di Malaysia.