HIMPUNAN ARTIKEL DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT
Synopsis
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadi sebahagian budaya kerja dalam masyarakat Malaysia. Istilah buta huruf digantikan dengan buta ICT sekiranya kita tidak berupaya untuk mengendalikan aplikasi ICT. Namun begitu, perkembangan teknologi ini sangat cepat sehinggakan baru sahaja kita diperkenalkan dengan sesuatu teknologi, datang pula teknologi yang lebih terkini. Namun begitu, setiap teknologi dan isu dalam ICT, kebanyakannya saling berkait dan terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di antara satu sama lain. Buku ini mengandungi beberapa artikel ilmiah yang membincangkan perkara asas, isu dan teknologi baru dalam ICT seperti e-pembelajaran, virus, pengkomputeran maya, internet, keselamatan ICT, pengkomputeran kepulan dan sebagainya.