Pengurusan Kejuruteraan
Synopsis
Penyusunan buku ini berdasarkan kepada pengalaman penulis yang mengajar mata pelajaran ini selama lebih 18 tahun, serta minat penulis dalam bidang ini sama ada dalam penulisan jurnal, prosiding, penyelidikan mahupun perundingan. Penyusunan dalam penulisan buku ini mengikut bab-bab yang disediakan adalah sebagai pendedahan pengetahuan pelajar dari aspek yang diamalkan di industri dari asas pengurusan hingga kepada bab yang menghuraikan kaedah senggaraan di industri. Antara tajuk yang dimuatkan ialah Pengurusan Sumber Manusia, Perancangan Kewangan, Pengaturcaraan Linear, Peramalan dan Simulasi, Penjujukan Kerja dan Imbangan Garis, Pengurusan Inventori, Sistem Tepat Pada Masa, Jaminan dan Kawalan Kualiti, Pengurusan Kualiti Menyeluruh dan Senggaraan. Kaedah penyusunan di dalam buku ini adalah sangat berkesan dan mampu menarik minat mahasiswa dalam menghayati dan memahami setiap bab yang telah disusun.