Kokurikulum : PEMANGKIN KEMANDIRIAN PELAJAR

Authors

Khairunesa binti Isa; Mohamad Shatar Sabran; Yuslizar Kamarudin; Hazila Kadir @ Shahar; Azita Ali

Synopsis

Buku Kokurikulum Pemangkin Kemandirian Pelajar  bertujuan memberi pemahaman mengenai peranan dan impak aktiviti kokurikulum di Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK) melalui pelaksanaan program University Community Engagement (UCE). UCE merupakan pendekatan yang digunakan oleh PPUK dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan dan mampu memenuhi permintaan pasaran. Khidmat Komuniti Siswa (KKS) merupakan model UCE yang mengintegrasikan elemen teori dan praktikal secara hands on. Bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mandiri, setiap program UCE PPUK perlu memfokus kepada nilai ilmu atau kemahiran dan pemilihan komuniti yang signifikan dengan kumpulan sasar seperti golongan ibu tunggal, golongan belia dan sebagainya.

Buku ini mampu membawa pembaca menghayati kepentingan aktiviti kokurikulum dalam melahirkan pelajar yang mandiri melalui pendekatan yang komprehensif. Pelaksanaan program yang berorientasikan akademik dan pembelajaran melalui pengalaman menjadikan aktiviti kokurikulum di bawah PPUK lebih relevan untuk diaplikasikan dalam dunia semasa bagi kepentingan masa hadapan. Beberapa penulisan mengenai program UCE yang pernah dijalankan turut disisipkan supaya pembaca lebih memahami matlamat dan hala tuju program UCE. Namun, apa yang perlu diingatkan ialah program UCE bukan hanya memberi kesan kepada pelajar malah turut memberi impak kepada komuniti setempat.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

1 January 2020

Details about the available publication format: PDF

PDF

ISBN-13 (15)

978-967-2389-16-3

How to Cite

Khairunesa binti Isa, Mohamad Shatar Sabran, Yuslizar Kamarudin, Hazila Kadir @ Shahar, & Azita Ali. (2020). Kokurikulum : PEMANGKIN KEMANDIRIAN PELAJAR. Penerbit UTHM. https://publisher.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/265