Isu-isu Kontemporari Akidah & Dakwah

Authors

Mohd Sabri bin Ismail

Synopsis

Perkembangan semasa menuntut segenap lapisan masyarakat Islam meneliti kembali kekuatan akidah dalam diri, kerana era globalisasi memerlukan kepada perkaratersebut bukan sekadar menerima ertikata akidah malah perlu memahami secara mendalam konsep akidah agar masyarakat tidak akan terjebak ke dalam pelbagai penyelewengan yang sekaligus akan merosakkan keutuhan pokok akidah itu sendiri. Dalam memenuhi kehendak tersebut maka dakwah adalah perlu untuk berusaha ke arah itu dalam mengemaskini kefahaman, kekuatan, kekuatan dan penghayatan akidah yang sebenar selaras dengan kehidupan dunia semasa. Dakwah dilihat sebagai perkara penting untuk mempertingkatkan kefahaman yang mendalam terhadap konsep akidah dan menekankan kepada penghayatan yang sebenarnya.
Buku ini ditulis bagi memaparkan hakikat kepentingan akidah dan juga bagaimana perlunya dakwah dalam kontek memenuhi tuntutan tersebut.Buku ini juga turut dimuatkan 6 artikel yang berkaitan dengan isu-isu semasa berhubung dengan akidah dan dakwah agar masyarakat mendapat gambaran yang sebenarnya tentang isu tersebut. Artikel-artikel tersebut adalah ditulis oleh mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang akidah dan dakwah dari pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

1 January 2004

Details about this monograph

Co-publisher's ISBN-13 (24)

978-983-2963-12-5