MAHIR APLIKASI BLOGSPOT DALAM 9 JAM

Authors

Muhamad Rais Abd Halim

Synopsis

Buku ini diterbitkan sebagai panduan asas penulisan blog secara positif bagi memudahkan komunikasi dan penyampaian yang bagus. Laman rangkaian sosial seperti Blogspot boleh menjadi alat perhubungan yang berkesan dalam mengeratkan silaturahim dan meluaskan rangkaian sosial. Kepelbagaian fungsi boleh dimanfaat dengan Blogspot termasuklah bertujuan sebagai pembelajaran, mengeratkan hubungan kekeluargaan atau mencari rakan lama yang telah terputus hubungan. Selain daripada itu, ramai juga yang berjaya dengan memasarkan produk mereka secara atas talian menggunakan Blogspot. Selaras dengan meningkatnya kesedaran masyarakat dalam penggunaan teknologi maklumat serta perkembangan pesat infrastruktur teknologi ini, laman rangkaian sosial seperti Blogspot semakin penting. Oleh yang demikian, buku ini diharap dapat menjadi asas dalam penggunaan Blogspot dengan lebih berkesan dan berupaya memberi pendedahan kepada penggunaan yang beretika dan tidak melampaui batas.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

1 January 2014

Details about the available publication format: PDF

PDF

ISBN-13 (15)

978-983-0468-94-5