Lawat periksa dan Pemeriksaan ke atas Harta Tanah untuk Penilai Harta

Authors

Mohd Hasrol Haffiz Aliasak; Mohd Farid Sa'ad; Najma Azman; Ashrof Zainuddin; Muhammad Nazim Alias

Synopsis

Buku ini membincangkan secara ringkas mengenai proses kerja lawat periksa dan pemeriksaan ke atas harta tanah bagi pelbagai tujuan atau maksud penilaian harta tanah. Topik-topik yang dijelaskan dalam buku ini menerangkan secara terperinci komponen-komponen utama bagi proses kerja lawatperiksa dan pemeriksaan ke atas harta tanah seperti dokumen-dokumen, item-item serta peralatan-peralatan yang diperlukan bagi proses kerja tersebut. Dokumen-dokumen tersebut merangkumi maklumat mengenai pemilikan harta tanah, peta dan pelan-pelan yang berkaitan serta peralatan bantuan bagi mendapatkan data dan maklumat harta tanah seperti prosedur kerja sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja lawat periksa dijalankan. Topik-topik tambahan yang mempunyai kaitan dengan kerja-kerja lawat periksa dan pemeriksaan ke atas harta tanah turut dibincangkan di dalam buku ini seperti prosedur pengukuran bangunan, kerja-kerja pemeriksaan ke atas dokumen hakmilik melalui tatakerja carian persendirian sama ada di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar serta skill dan tatacara untuk mengambil gambar foto harta tanah yag hendak dinilai. Adalah diharapkan agar buku yang ringkas ini dapat dijadikan sebagai panduan penilai harta dan pihak-pihak lain untuk memahami secara dokumentasi mengenai tatacara kerja lawat periksa dan pemeriksaan harta tanah bagi tujuan penilaian harta tanah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab. Hamid Mohamed (2002). Asas Ukur Kejuruteraan. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Almy, R. (2001). A survey of property tax systems in Europe. Tidak diterbitkan.

Anna A. Che Azmi & Kamala A. Perumal. (2008). Tax Fairness Dimensions In An Asian Context: The Malaysian Perspective. International Review of Business Research Papers. 4(5): 11-19.

Anuar Alias & Noor Hana Asyikin Nor Hanapi. (2010). Comparison Method - Preference Of Adjustment Techniques Among Valuers. Journal of Design and Built Environment 7(1) :1-9.

Azhari Husin. (1996). Harta Tanah: Kaedah Penilaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Published

1 February 2021

How to Cite

Mohd Hasrol Haffiz Aliasak, Mohd Farid Sa'ad, Najma Azman, Ashrof Zainuddin, & Muhammad Nazim Alias. (2021). Lawat periksa dan Pemeriksaan ke atas Harta Tanah untuk Penilai Harta. Penerbit UTHM. https://publisher.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/24