PENA JAUHAR SIRI 2

Authors

Azmi Rohani
Lukman Abu Bakar
Wahid Razzaly
Siti Sarawati Johar

Synopsis

Penerbitan Buku Pena Jauhar Siri 2 ini berupaya menjadi mercu tanda permuafakatan selama dua tahun berturut-turut, simbol perkongsian ilmu dan perkongsian bestari di antara Pejabat Setiausaha Negeri Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Permodalan Darul Takzim (PDT) bersama Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Penghasilan penulisan Pena Jauhar ini adalah berasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman para penulis melalui pelaksanaan polisi serta komitmen dalam pembangunan negeri, senario tugas serta tanggungjawab. Usaha menghasilkan Pena Jauhar ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran penulisan ilmiah dalam kalangan Pegawai Tadbir Negeri Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor. Ia adalah jelas sebagai pemangkin progresif dalam usaha menyuburkan budaya Penyerapan Pengetahuan (Knowledge Capture) dan Perkongsian Pengetahuan (Knowledge Sharing) bagi faedah pembangunan negeri Johor secara optimum dengan visi Gagasan Johor Berkemajuan pada masa akan datang. Adanya kepakaran penulisan dan penerbitan dalam kalangan ahli akademik UTHM turut berupaya membantu organisasi dalam menyediakan sebuah karya yang boleh dijadikan rujukan dan panduan bersama yang bermanfaat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

1 January 2019

How to Cite

Azmi Rohani, Lukman Abu Bakar, Wahid Razzaly, & Siti Sarawati Johar. (2019). PENA JAUHAR SIRI 2. Penerbit UTHM. https://publisher.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/232