KOMPETENSI TENAGA KERJA INDONESIA JULAI 2019

Authors

Fadillah Ismail
Rosman Md Yusoff

Synopsis

Kajian yang dilakukan oleh Construction Industry Development Board (CIDB) pada tahun 2010 mencatatkan pekerja asing menyumbang kepada 52% kepada jumlah tenaga kerja di dalam industri pembinaan di Malaysia dan selebihnya 48% adalah pekerja tempatan. Ini menunjukkan bagaimana besarnya pergantungan Malaysia terhadap Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dalam sektor pembinaan. Namun begitu, menurut laporan CIDB News (Mac, 2002), kebanyakan TKI yang diambil bekerja tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi. TKI didapati lebih digunakan di dalam kerja buruh dan manual di tapak pembinaan. Penetapan dan keperluan terhadap syarat-syarat utama sebagai TKI di Malaysia juga tidak dititik beratkan oleh pihak Indonesia dan pihak yang tidak bertanggungjawab di Malaysia turut menyebabkan pekerja yang tidak mempunyai asas kemahiran dalam sektor pembinaan dapat bekerja di Malaysia. Pelbagai pihak diseru memainkan peranan bersama-sama meningkatkan usaha dalam melaksanakan dan memperkuatkuasakan dasar-dasar, strategi dan mekanisme bagi meningkatkan kualiti TKI, sekaligus memastikan hanya TKI yang berkompetensi sahaja yang layak untuk diambil bekerja di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

1 July 2019

Categories

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-967-2306-65-8

How to Cite

Fadillah Ismail, & Rosman Md Yusoff. (2019). KOMPETENSI TENAGA KERJA INDONESIA JULAI 2019. Penerbit UTHM. https://publisher.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/227