ANGKATAN PEMUDA INSAF (API)

Authors

Hasfila Hassan
Ishak Saat

Synopsis

Penulisan ini menjurus kepada kajian tentang usaha dan peranan yang dimainkan oleh Angkatan Pemuda Insaf (API) sebagai barisan pemuda yang berusaha membebaskan Tanah Melayu daripada terus menjadi jajahan British. API bertanggungjawab menyebarkan propaganda tentang kezaliman yang dilakukan penjajah. Persediaan daripada aspek latihan ketenteraan dan pengisian jiwa juga dilakukan bagi memantapkan semangat dan kekuatan pejuang API bagi berhadapan dengan penjajah British. Tempoh masa kajian ini dipilih dari tahun 1946 hingga 1947 kerana tahun tersebut merupakan tempoh paling penting dalam sejarah perjuangan API.

Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang ingin tahu tentang perjuangan kemerdekaan yang pernah diusahakan oleh golongan berhaluan kiri atau dilabelkan radikal oleh penjajah British agar perjuangan mereka ini tidak mendapat sokongan masyarakat umum. Seterusnya penjajah berusaha untuk membantutkan perjuangan API dan menggagalkan usaha untuk memberikan kesedaran terhadap perjuangan menuntut kemerdekaan.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

1 January 2019

Details about the available publication format: PDF

PDF

ISBN-13 (15)

978-967-2216-30-8