GLOBALISASI EKONOMI & STRATEGI MALAYSIA
Synopsis
Buku ini membicarakan aspek ekonomi dunia yang dilihat daripada sudut proses globalisasi. Pengglobalan ekonomi dunia ini telah menyebabkan dunia mengalami perubahan besar tanpa memilih sempadan dan siapa mangsanya. Semua Negara telah memfokuskan hala tuju pembangunan masing-masing berdasarkan kepada sejauh manakah kesan global ke atas ekonominya. Di sini ketahanan ekonomi seperti kekuatan mata wang, pengaruh politik, budaya, saingan pasaran dan jati diri menjadi penentu. Kekacauan dalam sistem ekonomi global memaksa negara-negara membangun seperti Malaysia menyusun kembali strategi pembangunan ekonominya meskipun pendekatannya tidak popular. Walaupun begitu, strategi Malaysia dilihat telah berjaya membuka mata negara-negara besar betapa kita berupaya mengurus ekonomi kita dengan jayanya.