BANJIR: RISIKO KESIHATAN DAN PENGURUSANNYA

Authors

Haliza Abdul Rahman
Rapeah Suppian
Wan Nor Amilah Wan Abdul Wahab

Synopsis

Banjir hanyalah salah satu dari sekian banyak bencana alam yang sering terjadi. Banjir merupakan fenomena semula jadi tetapi campurtangan dan gangguan keterlaluan manusia terhadap ekosistem sedia ada telah meningkatkan kekerapan dan trend berlakunya banjir selain memburukkan lagi kesannya terhadap manusia dan persekitaran.

Banjir hanya dikategorikan sebagai bencana jika ianya mengancam dan mengganggu gugat keselesaan dan kesejahteraan hidup manusia termasuk daripada segi kelangsungan hidup dan kesihatan mereka yang mengalaminya.

Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ketiga terbesar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan merosakkan harta benda. Di Asia, statistik bencana alam menunjukkan semenjak tahun 1992 sehingga tahun 2002, kejadian bencana alam termasuk banjir telah menjejaskan kehidupan sejumlah 1.7 juta manusia dan meragut sebanyak 420,867 nyawa serta melibatkan kerugian harta benda sebanyak AS369,362 juta dolar (Utusan Malaysia, 2008). Di Malaysia, kekerapan bencana banjir adalah suatu ancaman dalam merealisasikan status negara maju menjelang tahun 2020. Ini kerana bencana banjir bukan hanya melibatkan kawasan luar bandar semata-mata tetapi juga kawasan bandar, kawasan yang baru dibuka dan kawasan industri serta perumahan yang dibina dengan perancangan yang teliti (Sharifah Meryam et al, 2015).

Semoga buku ini dapat memberi ilmu dan maklumat berguna selain menjadi panduan dan rujukan kepada pihak berkepentingan khususnya mangsa banjir dan agensi berkaitan serta masyarakat awam umumnya.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Douglas, I. (2004). The Urban Geomorphology of Kuala Lumpur. Dlm.

A. Gupta (Ed.). Physical Geography of Southeast Asia. Oxford:

OUP. 344-357.

JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia). (2006). Konsep

Pembangunan Berhadapan Sungai. Kuala Lumpur: JPS.

Sharifah Meryam Shareh Musa, Chan Ngai Weng & Haryati Shafii.

(2015). Pengurusan Banjir di Malaysia Melalui Kaedah Struktur,

Bukan Struktur dan Bersepadu. Dlm. Jabil Mapjabil, Tuan Pah

Rokiah S.H & Chan Ngai Weng (Pnyt.). Ekosistem Lembangan

Saliran di Malaysia, Bencana dan Pengurusannya. Sintok: Penerbit

Universiti Utara Malaysia. 50-69.

Tuan Pah Rokiah S.H., Jamaluddin, M.J., Abd Rahim, M.N., &

Noorazuan, M.H. (2008). Ancaman Kesihatan Terhadap Manusia

Akibat Bencana Banjir. Proceeding National Conference on

Environment and Health 2008. Kubang Kerian: School of Health

Sciences, Universiti Sains Malaysia. 462-470.

Published

1 January 2017

How to Cite

Haliza Abdul Rahman, Rapeah Suppian, & Wan Nor Amilah Wan Abdul Wahab. (2017). BANJIR: RISIKO KESIHATAN DAN PENGURUSANNYA. Penerbit UTHM. https://publisher.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/186