PENSEJARAHAN KEDAH TUA: SATU KRITIKAN SUMBER DAN TAFSIRAN

Authors

Nasha Rodziadi Khaw
Nazarudin Zainun
Mohd Mokhtar Saidin

Synopsis

Buku ini menyajikan enam bab yang merangkumi keseluruhan aspek pensejarahan Kedah Tua yang telah dikaji oleh pengkaji terdahulu. Bab 1 akan menerangkan secara ringkas keseluruhan kandungan buku ini serta skop-skop menarik yang terkandung menerusi semua bahagian dalam buku ini. Bab 2 akan mengupas mengenai pensejarahan Asia Tenggara. Bab 3 akan memfokuskan kepada pendekatan yang digunakan dalam kajian oleh pengkaji terdahulu dalam mengkaji pensejarahan Kedah Tua dari aspek sumber, politik, sosiobudaya, penempatan dan kronologi sejarah Kedah Tua. Bab 4 membahaskan isu-isu dari aspek kronologi, interprestasi terhadap status politik Kedah Tua, kebudayaan awalnya dan struktur ekonominya. Bab 5 membincangkan isu lain yang memerlukan kajian lebih konkrit untuk menghuraikannya seperti isu dinamika sosial dan juga kronologi sejarah Kedah Tua menerusi analisis dan kritikan yang telah diperoleh oleh pengkaji terdahulu. Bab 6 akan menyimpulkan kesemua aspek yang telah dibincangkan dalam mengkaji pensejarahan Kedah Tua.  

Downloads

Download data is not yet available.

Published

1 January 2015

Categories

Details about the available publication format: PDF

PDF

ISBN-13 (15)

978-967-0764-30-6

Date of first publication (11)

01-01-2015
Hijri Calendar

How to Cite

Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, & Mohd Mokhtar Saidin. (2015). PENSEJARAHAN KEDAH TUA: SATU KRITIKAN SUMBER DAN TAFSIRAN. Penerbit UTHM. https://publisher.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/166