PENGERUKAN SATU PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGIS

Authors

CHEE-MING CHAN

Synopsis

Pengerukan jelas memainkan peranan yang penting dalam pembangunan infrastruktur marin dan perkembangan aktiviti maritim antarabangsa. Operasi pengerukan dijalankan untuk pelbagai tujuan: meneroka tapak pembangunan maritim baharu, memasang paip industri petroleum di dasar laut, memelihara laluan pelayaran di pelabuhan ataupun membersihkan perairan yang tercemar daripada tumpahan minyak dan kejadian pencemaran yang lain. Juga, teknologi pengerukan yang kian bertambah maju diiringi kesedaran kebertanggungjawaban bersama dan akauntabiliti dalam pengendalian bahan kerukan, khususnya jenis yang tercemar dan membawa risiko kepada kesejahteraan ekosistem marin atau kesihatan manusia. Akhir kata, pengerukan merupakan satu bidang kejuruteraan yang unik dan bersifat multi-disiplin, serta memerlukan gabungan kepakaran dari pelbagai bidang untuk memastikan kemajuan di masa akan datang dengan mengambilkira pemeliharaan keseimbangan dan kestabilan alam sekitar yang sedia ada. Ini sememangnya wajar kerana terjejasnya keseimbangan alam sekitar akan membawa kesan negatif kepada manusia, secara langsung ataupun tidak langsung dalam jangka masa panjang.

Downloads

Download data is not yet available.
PENGERUKAN SATU PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGIS

Downloads

Published

1 February 2021

Details about the available publication format: epub

epub

ISBN-13 (15)

978-967-2975-06-9

How to Cite