ISU-ISU PETEMPATAN BANDAR DI MALAYSIA

Authors

Jabil Mapjabil
Mazdi Marzuki
Zikri Muhammad

Synopsis

Buku Isu-Isu Petempatan Bandar di Malaysia ini menghimpunkan sembilan artikel yang dapat diteliti dalam tiga sub tema, iaitu implikasi pembandaran, meliputi isu transformasi pekan kecil menjadi petempatan bandar, kesan penyusutan pemilikan tanah komuniti Melayu terhadap petempatan bandar serta perbezaan skala tahap kepuasan hidup dalam kalangan komuniti di petempatan bandar dan pinggir bandar. Sub tema kedua ialah isu petempatan dalam bandar yang merujuk kepada kes perkampungan dalam bandar, penempatan semula setinggan di bandar dan strategi wanita setinggan dalam mengatasi kemiskinan di petempatan bandar. Sub tema terakhir ialah isu perumahan di bandar dengan meneliti kes pelaksanaan konsep perumahan honeycomb dan perumahan komuniti berpagar. Buku ini amat relevan sebagai sumber rujukan khususnya dalam konteks implikasi pembandaran, petempatan dalam bandar serta konsep perumahan di bandar.

Sejajar dengan kepesatan pembangunan bandar di Malaysia, kajian terhadap dinamika bandar mendapat perhatian daripada penyelidik dari pelbagai institusi seperti institusi pengajian tinggi, konsultan, kerajaan tempatan, badan bukan kerajaan dan swasta. Hasil penyelidikan tentang isu-isu petempatan bandar sama ada dalam bentuk kertas kerja, jurnal, rencana di majalah dan akhbar tempatan sering dirujuk oleh penyelidik tempatan dan luar negara, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah termasuk pelajar sekolah. Namun, tidak banyak hasil penerbitan tentang petempatan bandar dalam bentuk karya suntingan. Untuk itu, buku Isu-Isu Petempatan Bandar di Malaysia ini amat relevan sebagai sumber rujukan khususnya dalam konteks implikasi pembandaran, petempatan dalam bandar serta konsep perumahan di bandar.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Published

1 January 2014

Details about the available publication format: PDF

PDF

ISBN-13 (15)

978-967-0468-87-7

Date of first publication (11)

01-01-2014
Hijri Calendar

How to Cite

Jabil Mapjabil, Mazdi Marzuki, & Zikri Muhammad. (2014). ISU-ISU PETEMPATAN BANDAR DI MALAYSIA. Penerbit UTHM. https://publisher.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/124