KONOTASI ANGKA DALAM AL-QURAN” SUATU PENDEKATAN TAFSIR MAUDU’I
Synopsis
Buku ini membincangkan tentang angka yang termaktub dalam al-Quran dan sangat bermanfaat kepada pembaca kerana dapat mengenali penjelasan nombor-nombor yang ada dalam al-Quran yang berjumlah 315 angka. Setiap penyebutan angka mempunyai konotasi, makna dan hikmah yang unik untuk dijadikan renungan. Angka-angka ini dimulakan dengan angka 1/10 sebagai angka yang paling kecil sehingga kepada angka 100 ribu sebagai angka yang paling besar. Pembentangan angka dalam buku ini mengikut kepada sistem penafsirantematik al-Quran atau yang dikenal dengan istilah “Tafsir Maudu’i” iaitu menjelaskan maksud ayat-ayat yang mengandungi angka yang disebutkan dalam al-Quran dan terbahagi kepada angka yang berkaitan dengan Allah, manusia, alam dan sekitarnya. Buku ini cukup menarik untuk dibaca kerana di sebalik penyebutan angka dalam al-Quran terdapat nilai-nilai i`jaz yang boleh jadi renungan bagi kita semua. .