DIY: PENGURUSAN PESAKIT STROK DI RUMAH
Synopsis
Buku berkenaan pengurusan pesakit strok dalam versi Melayu ini julung kalinya diterbitkan di Malaysia. Buku ini banyak menyentuh berkaitan masalah strok secara umum, proses kejadian strok dan yang paling menarik ianya menyentuh dengan agak terperinci berkaitan penjagaan pesakit strok di rumah. Memandangkan lebih 70 peratus penduduk Malaysia adalah beragama Islam, buku ini menerangkan dengan lebih lanjut kaedah mudah melaksanakan tuntutan agama iaitu solat dan beberapa ibadah yang lain seperti puasa dan juga bermusafir. Perkara ini amat penting diberi perhatian kepada pesakit dan penjaga kepada pesakit strok yang beragama Islam akan tuntutan untuk melakukan solat walau dalam keadaan apa sekali pun. Buku ini menyentuh berkaitan keperluan tuntutan seks kerana ianya adalah naluri semula jadi seorang manusia. Selain itu, banyak lagi isu-isu yang dikupas dan amat penting untuk dibaca, diteliti dan difahami oleh semua pihak bukan sahaja untuk pesakit dan penjaga pesakit strok.