Pembangunan Kerangka Persampelan: Kajian Tinjauan Kesihatan Mental Wanita Bekerja di Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana

Sampling Framework Development: a Survey for Mental Health among the Small and Medium Enterprises Working Women

Authors

  • Ming Foong Lee Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Zaidi N.F Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Kerangka persampelan kajian, anggaran saiz populasi dan sampel, kesihatan mental, wanita bekerja, perusahaan kecil dan sederhana

Abstract

Tujuan artikel ini adalah membincangkan proses pembangunan kerangka persampelan bagi kajian yang mempunyai populasi infiniti agar kajian ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan seterusnya mencapai objektif kajian ini iaitu tinjauan kesihatan mental dalam kalangan wanita bekerja di sektor PKS. Reka bentuk sampel empat langkah telah digunakan dalam proses pembangunan kerangka persampelan kajian ini. Dapatan penggunaan formula dengan merujuk kepada kajian lepas membantu penyelidik mendapat anggaran populasi wanita bekerja di PKS seramai 97,962,912, dengan merujuk kepada Jadual Saiz Sampel Krejcie & Morgan (1970), size sampel yang diperlukan adalah seramai 384 orang. Walau bagaimanapun, untuk memastikan hasil kajian yang diperoleh adalah jitu dan tepat, penggunaan statistik masih diperlukan seperti sampel size power dan taburan data. Adalah diharap kerangka persampelan kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada penyelidik lain yang menjalankan kajian serupa dan menghadapi masalah untuk menentukan saiz sampel dan pemilihan sampel.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-09-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Lee, M. F., & N.F, Z. (2021). Pembangunan Kerangka Persampelan: Kajian Tinjauan Kesihatan Mental Wanita Bekerja di Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana: Sampling Framework Development: a Survey for Mental Health among the Small and Medium Enterprises Working Women. Online Journal for TVET Practitioners, 6(2), 28-34. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/9472