Meningkatkan Kebolehpasaran Murid-murid Orang Asli Semai melalui Projek Jualan Bakeri semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pandemik COVID-19

Improving the Employability of Semai Indigenous Pupils through a Bakery Sales Project during the Movement Control Order (MCO) of COVID-19 Pandemic

Authors

  • Zainoriza Zainun Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Syafiq Aiman Mat Noor UCL Institute of Education, University College London, United Kingdom
  • Satirah Ahmad Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa-bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Abdul Rahim Razalli Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Kebolehpasaran, kemahiran vokasional, pendidikan khas, murid orang asli

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan pengamal-penyelidik sebagai guru Pendidikan Khas Kemahiran Vokasional Spesifik (Pembuatan Roti) dalam meningkatkan kebolehpasaran murid-murid orang asli Semai melalui projek jualan bakeri semasa PKP pandemik COVID-19. Projek jualan bakeri merupakan intervensi yang menggabungjalinkan dua sukatan mata pelajaran kemahiran vokasional bagi meningkatkan kebolehpasaran murid-murid yang diterjemahkan sebagai kebolehan teras dalam kurikulum pendidikan khas. Model kajian tindakan, kitaran tindakan-refleksi (McNiff, 2017) diimplementasikan dalam kajian ini melibatkan proses memerhati, mereflek, bertindak, menilai, mengubah suai dan seterusnya merancang tindakan baharu. Data dikumpulkan menggunakan data-data yang tersedia semasa projek jualan bakeri dijalankan, kemudian dianalisis secara kualitatif dan naratif. Kajian ini juga melibatkan kerjasama rakan-rakan kritis yang berperanan penting dalam usaha membina kredibiliti dan kesahan kajian. Kajian ini menambah baik pengetahuan kandungan dan pedagogi pengamal-penyelidik dalam membangunkan pengajaran yang bermakna dan kontekstual kepada murid-murid. Selain itu, projek jualan bakeri telah dapat memberikan pendedahan kepada murid-murid terhadap persekitaran pekerjaan yang sebenar dengan mengetengahkan kebolehan teras iaitu: (i) aplikasi komunikasi, (ii) tingkah laku peribadi, (iii) budaya tingkah laku di tempat kerja, dan (iv) penyesuaian tingkah laku terhadap persekitaran, keselamatan dan kesihatan. Implikasi penting kajian ini adalah kepada pengamal-penyelidik dalam merancang, melaksanakan dan menilai strategi pengajaran dan pembelajaran harian yang menekankan kepada pembelajaran berasaskan kerja. Selain itu, pengajaran kurikulum vokasional melalui projek jualan bakeri mengetengahkan kepentingan pendidikan kepada murid-murid orang asli Semai bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan serta kualiti hidup yang baik pada masa hadapan.

 

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-09-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Zainun, Z., Mat Noor, M. S. A. ., Ahmad, S., & Razalli, A. R. . (2021). Meningkatkan Kebolehpasaran Murid-murid Orang Asli Semai melalui Projek Jualan Bakeri semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pandemik COVID-19: Improving the Employability of Semai Indigenous Pupils through a Bakery Sales Project during the Movement Control Order (MCO) of COVID-19 Pandemic. Online Journal for TVET Practitioners, 6(2), 50-67. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/8199