Kesediaan Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) Mengaplikasikan Kemahiran Teknikal Bagi Menghadapi Cabaran Kerjaya dalam Internet of Things (IoT)

Readiness of Electronic Engineering (Computer) Diploma Students in Applying Technical Skills to Face Career Challenges in Internet of Things (IoT)

Authors

  • Maizun Jamil Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson
  • Masnora Sepikun Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson
  • Muhaini Muhammad Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson

Keywords:

Kesediaan, kemahiran teknikal, kerjaya, IoT

Abstract

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) mengaplikasikan kemahiran teknikal bagi menghadapi cabaran kerjaya Internet of Things (IoT). Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif melalui soalselidik yang dijawab secara atas talian. Kajian ini melibatkan pelajar semester 4 kelas DTK4A dan DTK4B bagi program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson yang mengambil kursus DEC50132-Internet Base Controller. Seramai 56 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Terdapat tiga aspek utama dalam kajian ini iaitu tahap kesediaan pelajar, kemahiran teknikal dan cabaran kerjaya di dalam untuk pelajar mendapatkan peluang kerjaya di dalam bidang IoT.   Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa pelajar bersedia meningkatkan tahap pengetahuan bidang IoT dari masa ke semasa kerana bidang IoT semakin berkembang pesat. Pelajar bersedia mengaplikasikan pelbagai kemahiran teknikal iaitu kemahiran perkakasan, pengaturcaraan, IoT platform, pengawalmikro dan teknologi wayar dan tanpa wayar. Manakala cabaran kerjaya yang harus dihadapi oleh pelajar adalah mempunyai peralatan seperti komputer riba, telefon pintar dan peralatan penyambungan kepada perkhidmatan internet adalah penting bagi menghasilkan projek IoT. Kesimpulan bagi kajian ini menunjukkan ketiga-tiga aspek iaitu kesediaan pelajar, kemahiran teknikal dan cabaran kerjaya di dalam bidang IoT adalah dalam tahap yang tinggi. Kesediaan pelajar pada tahap tinggi ini juga dilihat daripada pencapaian pelajar semasa mengambil kursus DEC50132-Internet Based Controller yang mana melalui laporan Course Outline Review Report menunjukkan pencapaian Course Learning Outcome iaitu kemahiran teknikal pelajar mencapai 88%. Pelajar mengetahui bahawa bidang IoT ini akan memberikan peluang kerjaya yang cerah di masa hadapan dan pelajar bersedia meningkatkan potensi diri bagi menghadapi cabaran kemajuan IoT yang semakin berkembang pesat di Malaysia seiring dengan kehendak industri.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

31-03-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Jamil, M., Sepikun, M., & Muhammad, M. (2021). Kesediaan Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) Mengaplikasikan Kemahiran Teknikal Bagi Menghadapi Cabaran Kerjaya dalam Internet of Things (IoT) : Readiness of Electronic Engineering (Computer) Diploma Students in Applying Technical Skills to Face Career Challenges in Internet of Things (IoT). Online Journal for TVET Practitioners, 6(1), 45-58. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/8006