Model Pemasangan Komponen Industrial Building System (IBS) Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)

  • Marina Ibrahim Mukhtar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Rohayu Roddin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Muhammad Hazriq Khudhairi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Keywords: Model, pemasangan ibs, abbm, Model, ibs installation, teaching Aids (abbm)

Abstract

Abstrak : Model pemasangan komponen Industrial Building System (IBS) dibangunkan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) adalah untuk membantu memudahkan pengajar menyampaikan isi pengajaran kepada pelajar dalam proses pengajaran & pembelajaran (PdP) serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Reka bentuk kajian ini adalah pembangunan produk dengan menggunakan model ADDIE sebagai panduan pembangunan model ABBM. Model yang dibangunkan telah diujilari untuk melihat kebolehfungsian sebagai ABBM yang menarik. Pengesahan pakar melalui borang senarai semak telah dibuat bagi melihat kebolehfungsian model sebagai ABBM yang menarik Dapatan kajian melalui penelitian pakar menunjukkan, pembangunan model pemasangan komponen IBS yang dibangunkan mempuyai ciri-ciri ABBM yang menarik dan sesuai seperti saiz model, warna model, manual pengguna model serta penggunaan CD video proses pemasangan komponen IBS yang digunakan dalam proses PdP. Selain itu, kebolehfungsian model ABBM mempunyai fungsi yang baik sebagai alternatif kepada lawatan tapak pembinaan. Kesimpulannya, model pemasangan komponen IBS sebagai ABBM merupakan satu produk yang dapat membantu dalam proses PdP.

 

 

Abstract: The Industrial Building System (IBS) component model developed as a teaching aids (ABBM) is to help teachers deliver the content to students in the teaching & learning process (PdP) and create a more engaging learning environment. The design of this study is product development using the ADDIE model as a guide to ABBM model development. The developed model has been tested to look at its functionality as an attractive ABBM. Expert validation through the checklist was created to valid the model's functionality as an attractive ABBM. The findings of expert shows that the development of IBS component assembly models developed has interesting and appropriate ABBM features such as model size, model color, model user manuals and the use of the video CD of the IBS component installation process used in the PdP process. In addition, the functionality of the ABBM model has good function as an alternative to the site visit. In conclusion, the IBS component model as ABBM is a product that can assist in the teaching and learning process.

How to Cite
Ibrahim Mukhtar, M., Roddin, R., & Khudhairi, M. H. (1). Model Pemasangan Komponen Industrial Building System (IBS) Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM). Online Journal for TVET Practitioners, 4(2), 127-132. Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/5102
Section
Articles