Penerapan Kemahiran Komunikasi Bahasa Inggeris Menerusi Kursus Badan Beruniform Palapes UTHM

  • Nurul Haerani Mohamad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Badaruddin Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Asri Selamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Keywords: English communication skills, rotu, Kemahiran komunikasi, bahasa inggeris, palapes

Abstract

Abstract: Employer’s prefer to hire people who have good communication skills, but also workers who speak English become priority. Government in order to produce quality graduates who can meet the high requirements of the industry, the Ministry of Education Malaysia (MOE) makes extra curriculum courses as a platform to implement the soft skills. Thus, this study was conducted to identify the application of English communication skills through extra-curricular courses by Reserve Officer Training Units (ROTU) of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Respondents consist of 88 ROTU’s Senior Cadet Officer. The study was conducted based on case studies and data collection through document analysis, observation, interviews and questionnaires. The finding shows that less application of English communication skills through ROTU’s Senior Cadet Officer within ROTU‘s extra-curricular courses. Researchers suggested that the ROTU’s admin make changes to the ROTU’s training management system to be more comprehensive and more flexible with more global English-based learning.

 

Abstrak: Golongan majikan sekarang lebih gemar mengambil pekerja yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, malahan pekerja yang fasih berbahasa Inggeris menjadi keutamaan. Kerajaan dalam usaha untuk menghasilkan kualiti graduan yang dapat memenuhi keperluan industri yang tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) menjadikan kokurikulum sebagai satu platform untuk menerapkan kemahiran insaniah (KI) termasuklah kemahiran komunikasi. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penerapan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris menerusi kursus kokurikulum badan beruniform PALAPES Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Responden yang dipilih terdiri daripada 88 orang Pegawai Kadet PALAPES peringkat Senior. Kajian ini dijalankan secara kajian kes dengan menggunakan instrumen analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan borang soal selidik. Data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 20.0 untuk memperoleh nilai kira min, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan kurang penerapan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris menerusi kursus kokurikulum PALAPES. Pengkaji mencadangkan agar pihak badan beruniform PALAPES melakukan perubahan terhadap sistem pengurusan latihan PALAPES supaya bersifat lebih komprehensif dan lebih fleksibel dengan pembelajaran berasaskan Bahasa Inggeris yang lebih bersifat global.

Published
30-10-2019
How to Cite
Mohamad, N. H., Ibrahim, B., & Selamat, A. (2019). Penerapan Kemahiran Komunikasi Bahasa Inggeris Menerusi Kursus Badan Beruniform Palapes UTHM. Online Journal for TVET Practitioners, 4(2), 58-71. Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/5093
Section
Articles