AMALAN GAYA HIDUP SIHAT PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Authors

  • Syahrul Nazri Rosli Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM
  • Wan Hanim Nadrah Wan Muda Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM

Keywords:

Gaya hidup sihat, bersukan,kesihatan

Abstract

Gaya hidup sihat adalah aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk mengekalkan, merawat dan memastikan tubuh badan sentiasa dalam keadaan sihat dan mampu untuk melakukan sebarang aktiviti dengan selesa. Pengetahuan tentang amalan gaya hidup sihat penting untuk mewujudkan kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat demi mengekalkan kesihatan. Gaya hidup sihat bukan sahaja mengenai gaya pemakanan, malah ia melibatkan pelbagai aspek seperti waktu tidur dan rehat, bersukan dan beriadah, penyalahgunaan dadah dan alkohol serta pergaulan bebas.Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah tinjaun berbentuk deskriptif menggunakan borang soal selidik untuk meninjuan tahap gaya hidup sihat yang diamalkan oleh pelajar UTHM.Sampel kajian adalah seramai 300 orang yang dipilih secara rawak dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS 22.0. Dapatan menunjukkan bahawa amalan gaya hidup sihat pelajar berada pada tahap yang tinggi meliputi aspek pengetahuan dan kesedaran manakala tahap yang paling rendah adalah aspek pemakanan. Ini menunjukkan bahawa pelajar UTHM mempunyai tahap pengetahuan dan kesedaran yang tinggi namun pengamalan gaya hidup sihat kurang titikiberatkan terutamanya dari aspek pemakanan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

How to Cite

Rosli, S. N., & Wan Muda, W. H. N. (2018). AMALAN GAYA HIDUP SIHAT PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. Online Journal for TVET Practitioners. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4817