PERLAKSANAAN DAN KEBERKESANAN KAEDAH LATTICE DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MATEMATIK: SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH RENDAH

Authors

  • P. L. KU S.J.K.(C) Chung Cheng, Batu Pahat, Johor, Malaysia
  • S. C. Johnson LIM Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM

Keywords:

Pendidikan Matematik, Kaedah Lattice, STEM, Kemahiran Pendaraban

Abstract

Dalam pendidikan matematik, penguasaan pendaraban nombor merupakan salah satu kemahiran penting untuk matapelajaran matematik di sekolah rendah. Seandainya murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran ini pada peringkat awal pembelajaran matematik, mereka bakal menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam penguasaan kemahiran seterusnya yang memerlukan kemahiran pendaraban sebagai asas. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan perlaksanaan kaedah Lattice dalam membantu meningkatkan kemahiran asas pendaraban, yang melibatkan pendaraban nombor dua dan tiga digit. Rekabentuk kajian yang digunakan ialah kajian kuasi-experimental yang melibatkan sampel murid sebanyak 15 orang murid darjah empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Cheng, Batu Pahat, Johor. Ujian Pra dan Pos telah dilakukan bagi membandingkan tahap pencapaian sampel kajian sebelum dan selepas rawatan menerusi empat sesi intervensi. Secara keseluruhannya, hasil kajian telah mendapati peningkatan purata skor sebanyak 42.67 peratus selepas rawatan dengan penggunaan kaedah Lattice. Kesimpulannya, kaedah Lattice merupakan kaedah yang berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan kemahiran responden dalam topik pendaraban.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

How to Cite

P. L. KU, & S. C. Johnson LIM. (2018). PERLAKSANAAN DAN KEBERKESANAN KAEDAH LATTICE DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MATEMATIK: SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH RENDAH. Online Journal for TVET Practitioners. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4816