PENGGUNAAN KAD JAHIT BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN JAHITAN ASAS
Keywords:
Kad JahitAbstract
Kajian ini adalah tentang penggunaan kaedah KAD JAHIT dalam pengajaran dan pembelajaran Reka bentuk dan Teknologi . KAD JAHIT adalah kertas manila kad yang telah ditebuk untuk membentuk lubang-lubang yang sebaris sama saiz. Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjahit jahitan mata asas iaitu jahitan kia , jahitan jelujur kasar dan jelujur halus dengan menggunakan kaedah KAD JAHIT dan juga memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru. Secara khususnya pula adalah untuk memastikan 100% pelajar dapat menghasilkan jahitan asas . Seramai 12 orang pelajar Tahun 4 yang terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid mengalami kesukaran untuk menghasilkan jahitan asas kerana kali pertama mempelajari kemahiran menjahit , di samping mempunyai perasaan takut dan bombing sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Setelah mengaplikasikan kaedah KAD JAHIT , didapati pelajar memberikan lebih tumpuan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan 90% pelajar mendapat gred A.