Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja

Authors

  • Siti Sarawati Johar Fakulti Sains, Teknologi & Pembangunan Insan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,

Keywords:

Personaliti, Ekstraversi, Moderator, Kecerdasan Emosi, Estim Kendiri

Abstract

Dimensi personaliti telah mendapat tempat dalam asas penyelidikan psikologi. Ia dikesan boleh memberikan pengaruh ke atas tingkah laku pekerja di tempat kerja. Penyelesaian teori semata-mata tidak dapat membuka kunci isu-isu psikologi kerana ia berkait rapat dengan afektif, tingkah laku dan kognitif. Dalam kajian ini, isu-isu di tempat kerja adalah merujuk kepada personaliti, kecerdasan emosi dan estim kendiri pekerja. Tujuan khusus kajian ini adalah untuk menguji kesan personaliti trait ekstraversi sebagai moderator terhadap hubungan antara dua dimensi kecerdasan emosi dengan estim kendiri pekerja. Seramai 196 orang penjawat awam di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dipilih sebagai responden. Alat pengukuran yang digunakan ialah soal selidik Eysenck Personality Questionnaire-Revised Short Form (EPQR-S), Emotional Intelligence Self-Description Inventory (EISDI), dan Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES). Data dianalisis dengan menggunakan analisis regresi hierarki. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua hipotesis diterima. Daripada analisis ini juga, terdapat kesan sederhana personaliti ekstraversi kepada hubungan antara kecerdasan emosi (kompetensi persepsi dan penilaian emosi, serta kompetensi pemahaman emosi) dengan estim kendiri pekerja. Penemuan paling penting menunjukkan bahawa trait personaliti ekstraversi berfungsi sebagai moderator apabila hubungan di antara kecerdasan emosi dengan estim kendiri pekerja dapat ditingkatkan bilamana ekstraversi berada di tahap yang tinggi. Ini berbanding dengan tahap rendah ekstraversi yang menyebabkan hubungan kecerdasan emosi dengan estim kendiri menjadi lemah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

15-03-2017

Issue

Section

Articles

How to Cite

Johar, S. S. . (2017). Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja . Online Journal for TVET Practitioners, 2(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4768

Most read articles by the same author(s)