Kesedaran Akhlak Pelajar Melalui Pembelajaran Pendidikan Islam

  • Mohd Zaki Mahmud Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional University Tun Hussein Onn Malaysia
  • Husin Junoh Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional University Tun Hussein Onn Malaysia
Keywords: Kesedaran, Peranan Guru, Jantina, Tempat Tinggal

Abstract

Akhlak merupakan perwatakan secara lahiriah seseorang individu samada sesama manusia atau dengan keadaan sekeliling. Dewasa ini keruntuhan akhlak para remaja semakin membimbangkan pihak bertanggungjawab. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kesedaran pelajar selepas mempelajari pendidikan islam berdasarkan jantina pelajar, tempat tinggal pelajar. Disamping itu kajian ini.juga melihat peranan guru dalam dalam memupuk kesedaran akhlak pelajar. Bilangan responden adalah seramai 201 orang terdiri daripada pelajar diploma yang mana pada ketika ini merupakan pelajar diploma pada tahun satu semester satu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Data-data dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis mengunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 16.0 bagi mendapat analisis deskritif dan infrensi. Dapatan kajian menunjukan tahap kesedaran akhlak pelajar secara keseluruhanya berada pada aras tinggi dengan skor min 4.17. Kesedaran akhlak pelajar berdasarkan tempat tinggal pulak menunjukan terdapat perbezaan dengan pelajar lelaki lebih tinggi tahap kesedaran berbanding pelajar perempuan. Dari soal tempat tinggal pelajar pulak, hasil dapatan menunjukan pelajar luar Bandar lebih baik kesedaran mereka berbanding pelajar Bandar. Daripada kajian ini juga menunjukan wujud hubungan yang signifikan antara peranan guru semasa pengajaran Pendidikan Islam dengan kesedaran akhlak pelajar. Hasil dapatan kajian ini dapat disimpulkan bahawa tahap kesedaran akhlak pelajar masih berada pada tahap yang baik disamping peranan guru. Hal ini juga menunjukan mata pelajaran Pendidikan Islam mampu membentuk pelajar yang berakhlak dan beradap dalam masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
15-03-2017
How to Cite
Mahmud, M. Z., & Junoh, H. (2017). Kesedaran Akhlak Pelajar Melalui Pembelajaran Pendidikan Islam . Online Journal for TVET Practitioners, 2(1). Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4767
Section
Articles