Kemahiran Abad ke-21 Wanita Dalam Mengharungi Cabaran Globalisasi

Authors

  • Norain Asnida Ain Faculty of Technical and Vocational, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Wan Azlinda Wan Mohamed Faculty of Technical and Vocational, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Globalisasi, kemahiran abad ke-21, kemahiran literasi digital, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, kemahiran produktiviti diri, wanita, ICT

Abstract

Laporan Tenaga Buruh 2012 menyatakan wanita merupakan salah satu komponen penting dalam memajukan ekonomi negara. Kemahiran Abad ke-21 enGuage merupakan kemahiran yang diperlukan oleh wanita berkerjaya untuk terus berdaya saing dalam menangkis cabaran era globalisasi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi wanita yang berkecimpung dalam dunia ICT, mengenai kompetensi mereka terhadap Kemahiran Abad ke-21 enGuage dalam menghadapi era globalisasi serta cabaran yang akan datang. Dua persoalan kajian dibina bagi membantu kajian ini:(1) Apakah persepsi wanita dalam ICT mengenai Kemahiran Abad ke-21 yang dimiliki untuk mengharungi globalisasi?, dan (2) Apakah perbezaan antara Kemahiran Abad ke-21, yang dimiliki oleh wanita mengikut bidang pekerjaan?. Borang kaji selidik disebarkan menerusi atas talian dengan bantuan aplikasi “google formâ€. Kutipan data menerusi kaedah „snow ball’ membantu memperoleh 389 responden dari wanita yang bekerja dalam bidang ICT yang berada di sekitar Malaysia. Hasil dari kajian menyatakan bahawa Kemahiran Abad ke-21 enGuage harus dimiliki dengan tahap penguasaan yang tinggi dan Kemahiran Berkomunikasi adalah kemahiran yang mendahului diantara tiga kemahiran Abad ke-21 enGuage yang lain iaitu Kemahiran Berfikir, Kemahiran Literasi Digital dan terakhir Kemahiran Produktiviti Diri. Kemahiran Abad ke-21 yang dimiliki oleh setiap wanita menerusi bidang mereka adalah berbeza mengikut khusus bidang masing-masing. Perbezaan yang ketara adalah diantara wanita yang bekerja sebagai Pembangun Laman Web dengan wanita yang bekerja dalam bidang Pengaturcaraan, Senireka Grafik, Multimedia Kreatif dan Jurutera Rangkaian. Sekiranya Kemahiran Abad ke-21 enGuage ini dapat diaplikasikan secara sistematik, ia pasti dapat membantu wanita untuk terus berjaya dalam mengharungi cabaran globalisasi disamping berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

15-03-2017

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ain, N. A., & Wan Mohamed, W. A. (2017). Kemahiran Abad ke-21 Wanita Dalam Mengharungi Cabaran Globalisasi. Online Journal for TVET Practitioners, 2(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4762