Penggunaan Aplikasi Multimedia Interaktif Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Sindrom Down

Authors

  • Nazirah Kamal Ruzaman Faculty of Technical and Vocational Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Abdul Rasid Abdul Razzaq Faculty of Technical and Vocational Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Pendidikan Khas, Sindrom Down, aplikasi multimedia interaktif

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji potensi penggunaan aplikasi multimedia interaktif dalam pembelajaran Bahasa Melayu bagi kanak-kanak Sindrom Down. Potensi penggunaan aplikasi ini dikaji melalui: (i) proses pembelajaran Bahasa Melayu kanak-kanak Sindrom Down dari perspektif guru pendidikan khas, (ii) penerimaan kanak-kanak Sindrom Down terhadap penggunaan aplikasi multimedia interaktif dalam proses pembelajaran (iii) persepsi guru pendidikan khas terhadap penggunaan aplikasi multimedia interaktif dalam pembelajaran Bahasa Melayu bagi kanak-kanak Sindrom Down, dan (iv) kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan penggunaan aplikasi ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah kualitatif kajian kes yang melibatkan 13 orang guru pendidikan khas, serta enam orang kanak-kanak Sindrom Down. Data diperoleh menerusi teknik temu bual, pemerhatian pembelajaran, dan disokong dengan data kuantitatif menggunakan analisis soal selidik. Perisian atlas.ti 7 dan SPSS versi 22 digunakan bagi proses analisis maklumat yang diperoleh. Keputusan menunjukkan proses pembelajaran kanak-kanak Sindrom Down di sekolah masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Namun begitu, guru pendidikan khas memberikan persepsi yang positif terhadap penggunaan aplikasi multimedia dalam pembelajaran kanak-kanak Sindrom Down bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, yang dirasakan mampu menarik minat belajar kanak-kanak Sindrom Down, selain lebih menarik dan membuatkan kanak-kanak Sindrom Down ini tidak bosan dan dapat menumpukan perhatian. Selain daripada itu, guru pendidikan khas juga berpendapat aplikasi multimedia interaktif dapat memudahkan proses penyampaian isi pelajaran kepada kanak-kanak Sindrom Down. Namun begitu, penggunaan aplikasi ini kurang dipraktikkan disebabkan oleh kekangan dari segi prasarana teknologi di sekolah. Beberapa cadangan bagi menangani dan memupuk penggunaan aplikasi multimedia dalam proses pengajaran turut dinyatakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

15-03-2017

Issue

Section

Articles

How to Cite

Kamal Ruzaman, N., & Abdul Razzaq, A. R. (2017). Penggunaan Aplikasi Multimedia Interaktif Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Sindrom Down. Online Journal for TVET Practitioners, 2(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4761