PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH DI DAERAH BATU PAHAT DARI PERSEPSI PELAJAR

Authors

  • Rafidah Yatim @ Mohd Yatim Sekolah Kebangsaan Pintas Puding
  • Mohd Safiee Idris Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abstract

Dalam konteks perniagaan dan keusahawanan, sikap, kemahiran dan penerapan nilai keusahawanan oleh guru Kemahiran Hidup amat penting dalam menarik minat pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Perniagaan dan Keusahawanan dalam kalangan guru Kemahiran Hidup berdasarkan kepada empat konstruk iaitu sikap guru, tahap kemahiran guru, penerapan nilai keusahawanan dan minat pelajar. Seramai 210 orang pelajar tahun lima di empat buah sekolah kebangsaan gred A luar bandar telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini iaitu SK Pintas Puding, SK Seri Sabak Uni, SK Kota Dalam dan SK Ayer Hitam. Kaedah kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif. Data telah dianalisis menggunakan perisian Winstep Version 3.69.1.11 dengan pendekatan Model Pengukuran Rasch sepenuhnya. Analisis diskriptif iaitu min skor dan min ukuran digunakan untuk mengenal pasti persepsi pelajar dan analisis inferensi iaitu ujian-t bagi menilai perbezaan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Perniagaan dan Keusahawanan berdasarkan jantina pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Perniagaan dan Keusahawanan berada pada tahap tinggi bagi empat konstruk tersebut iaitu dengan nilai min skor 4.38 (min ukuran -17), 4.27 (min ukuran -0.10), 4.26 (min ukuran 0.04) dan 4.28 (min ukuran 0.02). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara minat pelajar berdasarkan jantina (t =1.71 dan p=.0869). Pengkaji mencadangkan kajian lanjutan melibatkan guru Kemahiran Hidup sebagai sampel kajian untuk melihat kejayaan atau halangan yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran Perniagaan dan Keusahawanan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-09-2016

Issue

Section

Articles

How to Cite

Yatim @ Mohd Yatim, R., & Idris, M. S. (2016). PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH DI DAERAH BATU PAHAT DARI PERSEPSI PELAJAR . Online Journal for TVET Practitioners, 1(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4755