KEBERKESANAN PENERAPAN ELEMEN SEKOLAH RIMBA DALAM PEMBELAJARAN DARI ASPEK AFEKTIF, KOGNITIF DAN PSIKOMOTOR DI SEKOLAH ORANG ASLI

Authors

  • Mohd Syamim Arifin Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka, Bandar Seberang Perak
  • Hairuddin Harun Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

elemen sekolah rimba, orang asli, afektif, kognitif, psikomotor, KHSR

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menguji sejauh manakah keberkesanan penerapan elemen sekolah rimba (Forest School) dalam pembelajaran dari aspek afektif, kognitif dan psikomotor di sekolah orang asli. Kajian berbentuk kuasi-eksperimen ini dijalankan selama empat minggu di Sekolah Kebangsaan Batu 14, Tapah, Perak. Sampel kajian terdiri daripada 67 orang pelajar tahun lima yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 34 orang pelajar kumpulan kawalan dan 33 orang pelajar kumpulan rawatan. Data dipungut melalui tiga jenis instrumen iaitu set borang soal selidik, set soalan ujian pra dan pasca, serta set penilaian rubrik amali. Analisis data dibuat menggunakan perisian statistik IBM SPSS versi 21. Data dianalisis menggunakan teknik analisis deskriptif, manakala analisis ujian-t digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan penerapan elemen sekolah rimba dalam pembelajaran dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam aspek afektif dan kemahiran, bukan dalam aspek kognitif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-09-2016

Issue

Section

Articles

How to Cite

Arifin, M. S. ., & Harun, H. . (2016). KEBERKESANAN PENERAPAN ELEMEN SEKOLAH RIMBA DALAM PEMBELAJARAN DARI ASPEK AFEKTIF, KOGNITIF DAN PSIKOMOTOR DI SEKOLAH ORANG ASLI . Online Journal for TVET Practitioners, 1(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4754

Most read articles by the same author(s)