Kecenderungan Pelajar Berkeperluan Khas Di Politeknik Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan

  • Nor Ain Abdul Rahman Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Lutfiah Natrah Abbas@Ahmad Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Keywords: Keusahawanan, pelajar berkeperluan khas, kecenderungan keusahawananan

Abstract

Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di Negara ini. Kerajaan bermatlamat menjadikan bidang keushawanan terutamanya sektor industri kecil dan serdahana sebagai penyumbang utama peluang pekerjaan baru, dan seterusnya membantu perkembangan ekonomi Negara pada abad ke-21. Oleh itu, usaha membudayakan keusahawanan di kalangan rakyat di Negara ini juga dilakukan oleh Kementerian Pendidikan di peringkat sekolah, dan insitusi pengajian tinggi. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan mengenalpasti tahap kecenderungan pelajar berkeperluan khas di Politeknik untuk menceburi bidang keusahawanan, serta faktor yang paling mempengaruhi tahap kecenderungan pelajar berkeperluan di Politeknik untuk menceburi bidang keusahawanan dan mengenalpasti perbezaan tahap kecenderungan menjadi usahawan berdasarkan faktor demografi. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 90 yang terdiri daripada pelajar berkeperluan khas pendengaran dari tiga iaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Politeknik Kota Kinabalu. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 20.0. Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan skor min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan. Selain itu analisis inferensi menggunakan ujian T dan ujian ANOVA satu hala digunakan untuk mencari perbezaan tahan kecenderungan pelajar berdasarkan faktor demografi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecenderungan pelajar berkeperluan khas di Politeknik untuk menceburi bidang keusahawanan adalah tinggi, di mana skor min adalah 4.033. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruh tahap kecenderungan pelajar adalah faktor ciri-ciri keusahawan yang ada dalam diri pelajar. Terdapat perbezaan yang signifikan perbezaan tahap kecenderungan menjadi usahawan berdasarkan faktor jantina dan kursus yang diikuti oleh pelajar berkeperluan khas di Politeknik.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
08-09-2016
How to Cite
Abdul Rahman, N. A., & Abbas@Ahmad, L. N. (2016). Kecenderungan Pelajar Berkeperluan Khas Di Politeknik Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan. Online Journal for TVET Practitioners, 1(1). Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4753
Section
Articles