Pengaruh Grit Melalui Aktiviti Fizikal Terhadap Pembangunan Kemahiran Insaniah
The Influence of Grit Through Physical Activity on the Development of Soft Skills
Keywords:
grit, grit-pe, aktiviti fizikal, kemahiran insaniah, TVETAbstract
Malay:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh grit melalui aktiviti fizikal terhadap pembangunan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar atlet di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Metodologi kajian dengan mengaplikasikan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif dilaksanakan bagi kajian ini. Instrumen Grit Pendidikan Jasmani (Grit-PE) yang merangkumi empat elemen: minat dalam aktiviti fizikal (MAF), usaha dalam aktiviti fizikal (UAF), minat dalam akademik (MAK), dan usaha dalam akademik (UAK) digunakan untuk mengukur pembangunan kemahiran insaniah pelajar dari institusi TVET melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal. Sebanyak 110 pelajar atlet dari institusi TVET iaitu pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menyempurnakan instrumen yang telah diedarkan. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap grit pelajar berserta elemennya berada pada tahap yang tinggi iaitu Grit-PE (M=5.70, SD=0.82), MAF (M=5.98, SD=0.85), UAF (M=5.62, SD=0.95), MAK (M=5.58, SD=0.96), dan UAK (M=5.62, SD=0.95). Selain itu, terdapat hubungan yang kuat antara setiap elemen Grit-PE (MAF, UAF, MAK, UAK) dengan kemahiran insaniah (r=0.75, r=0.65, r=0.66, r=0.65) dengan nilai yang signifikan p<0.05. Kesimpulannya, grit dalam penyertaan aktiviti fizikal bukan sahaja membantu individu mengekalkan semangat dan ketekunan dalam mencapai matlamat jangka panjang, malah turut memberi pengaruh positif terhadap pembangunan kemahiran insaniah dalam diri bagi memenuhi tuntutan industri pada masa kini.
English:
This study aims to identify the influence of grit through physical activity on the development of soft skills among student-athletes in Technical and Vocational Education and Training (TVET) institutions. The research methodology applies a survey research design using a quantitative approach. The Physical Education Grit (Grit-PE) instrument, which encompasses four elements: interest in physical activity (MAF), effort in physical activity (UAF), interest in academics (MAK), and effort in academics (UAK), was utilized to measure the soft skill development of TVET students through their involvement in physical activity. A total of 110 student-athletes from Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, a TVET-based institution, completed the distributed instruments. Descriptive analysis results indicate that the students' grit levels and their respective elements are high which are Grit-PE (M=5.70, SD=0.82), MAF (M=5.98, SD=0.85), UAF (M=5.62, SD=0.95), MAK (M=5.58, SD=0.96), dan UAK (M=5.62, SD=0.95). Furthermore, there are strong relationships between each Grit-PE element and soft skills (r=0.75, r=0.65, r=0.66, r=0.65) with significant values of p <0.05. In conclusion, grit in physical activity participation not only helps individuals maintain passion and perseverance in achieving long-term goals but also positively influences the development of soft skills to meet current industry demands.
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Online Journal for TVET Practitioners

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.







