Cabaran dan Strategi Menghadapi Perubahan Kurikulum dalam Kalangan Pensyarah Bidang Agroteknologi Kolej Komuniti

Challenges and Strategies in Curriculum Change among Agrotechnology Lecturers in Community College

Authors

  • Ealangov S. Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Putrajaya, 62100, MALAYSIA
  • Abdul Malek. S. Kolej Komuniti Rembau, Kementerian Pendidikan Tinggi, Pedas, 74100, MALAYSIA

Keywords:

Perubahan kurikulum, Agroteknologi, Cabaran, Strategi, Kolej Komuniti, Changes in curriculum, agrotechnology, challenges, strategies, Community College

Abstract

Isu perubahan iklim, kekurangan sumber, kemajuan kecerdasan buatan, ledakan teknologi dan globalisasi memberi impak kepada pasaran buruh dalam bidang pertanian. Hal ini menyebabkan institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) menghadapi tekanan untuk menyediakan graduan berkemahiran tinggi seiring dengan matlamatnya. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini PLTV terutamanya Kolej Komuniti terdesak untuk melakukan perubahan terhadap kurikulum Program Sijil Kolej Komuniti (SKK) terutamanya dalam bidang agroteknologi. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka cabaran dan strategi pensyarah bidang agroteknologi di Kolej Komuniti dalam menghadapi perubahan kurikulum. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Pengumpulan data kajian dilaksanakan melalui temu bual separa berstruktur dengan menggunakan protokol temu bual yang diadaptasi daripada kajian-kajian lepas. Populasi kajian terdiri daripada pensyarah bidang agroteknologi di Kolej Komuniti dan kaedah persampelan bertujuan digunakan untuk memilih enam orang responden kajian. Data yang diperoleh dianalisis secara tematik. Penemuan kajian mendapati pensyarah menghadapi cabaran dari aspek kepakaran, pengetahuan dan kompetensi; kekangan masa; kekurangan sumber; dan reka bentuk kurikulum. Pensyarah juga mengesyorkan strategi menghadapi cabaran perubahan kurikulum dari aspek latihan; penambahbaikan sumber; penambahbaikan kurikulum; dan jaminan kualiti. Dapatan kajian ini dijangka memberi sumbangan dalam merangka proses perubahan kurikulum terutamanya bagi Program SKK bidang agroteknologi dengan teliti, sistematik dan berkesan.

 

Climate change, shortages of resources, advancements in artificial intelligence, technological explosions, and globalization have an impact on the agricultural labour market. As a result, the Institute of Technical and Vocational Training Education (PLTV) is under pressure to produce highly trained graduates in order to meet its objectives. In an effort to resolve this issue, PLTV, particularly Community College, is urgently needed to revise the curriculum of the Community College Certificate Programme (SKK), particularly in the field of agrotechnology. The study aims at exploring the challenges and strategies of agrotechnology lecturers at Community College in facing the prospect of curriculum changes. The survey study was designed implementing a qualitative methodology. The collection of survey data is carried out through semi-structured interviews using adapted interview protocols. The study population consisted of lecturers in the field of agrotechnology at Community College covering three clusters namely agriculture technology, aquaculture and food processing and quality control. The purposive sampling method is used to select six survey informan who meet the set criteria. The data obtained is analyzed thematically. The findings of the study find lecturers facing challenges from aspects of expertise, knowledge, and competence; time constraints; lack of resources; and curriculum design. The lecturers also recommended strategies to overcome the challenges in curriculum change from the practice aspect; resource improvement; curricular improvements; and quality assurance. This finding is expected to contribute to the the curriculum change process especially for the Agrotechnology Certificate Program.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

05-10-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

S., E., & S., A. M. . (2023). Cabaran dan Strategi Menghadapi Perubahan Kurikulum dalam Kalangan Pensyarah Bidang Agroteknologi Kolej Komuniti : Challenges and Strategies in Curriculum Change among Agrotechnology Lecturers in Community College . Online Journal for TVET Practitioners, 8(2), 23-36. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/14680