Hubungan Antara Efikasi Kendiri, Beban Tugas dan Masalah Kesihatan Mental dalam Kalangan Pensyarah Kolej Vokasional

Relationship Between Self-Efficacy, Workload and Mental Health among Lecturers in Vocational Colleges

Authors

  • Eee Chinge Tien Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Hashima Hamid
  • Ahmad Rizal Madar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abstract

Malay: Penstrukturan semula kurikulum vokasional serta pengakreditasian kurikulum Kolej Vokasional (KV) daripada beberapa badan professional yang berbeza sedikit sebanyak menyebabkan beban tugas guru vokasional semakin tinggi dan mewujudkan pertambahan masalah kesihatan mental yang mengancam efikasi kendiri guru. Oleh yang demikian, kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara bebanan tugas, efikasi kendiri dan masalah kesihatan mental dalam kalangan guru di KV. Persampelan kajian melibatkan 269 orang guru dari lapan buah KV di sekitar negeri Johor yang menggunakan instrument soal selidik. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif deskriptif yang menggunakan min dan sisihan piawai selain korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara konstruk.  Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang tidak kuat di antara efikasi kendiri dengan masalah kesihatan mental dan juga beban tugas dengan masalah kesihatan mental. Dapatan ini menyimpulkan bahawa masa kini efikasi kendiri dan beban tugas bukanlah faktor penentu yang kuat untuk tahap masalah kesihatan guru vokasional. Diharap dengan dapatan ini dapat memberi gambaran bahawa efikasi kendiri mempunyai hubungan dengan beban tugas dan masalah kesihatan mental guru KV. Pengkaji berharap agar skop kajian ini dapat dikembangkan lagi oleh para penyelidik masa depan mengikut kesesuaian semasa.

 

English: Changes to the management system and restructuring of vocational curriculum as well as accreditation of Vocational Colleges (KV) curriculum from several different professional bodies to some extent cause the workload of vocational teachers to increase and create an increase in mental health problems that threaten teachers' self -efficacy. Therefore, this survey study aimed to assess the level of workload, self -efficacy and mental health problems among teachers in Vocational Colleges (KV) and further look at the relationship between these constructs. The sampling of the study involved 269 teachers from eight KVs around Johor by using Questionnaire. The quantitative data were analyzed using mean, standard deviation, and Pearson correlation. Findings of the study have shown that the teachers’ self -efficacy and mental health problems were at a high level. The overall workload was also at a high level but the curriculum area load has now changed to a moderate level, unlike previous research studies where the curriculum area has always remained at a high level. These findings conclude that the present self -efficacy and workload are not strong determining factors for the mental health problems of vocational teachers. It is hoped that these findings could provide some insights to the KV lecturers that self-efficacy is actually correlated with workload and mental health. Furthermore, researcher hopes that the scope of this study can be further developed by future researchers according to the current situation.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-03-2022

How to Cite

Tien, E. C. ., Hamid, H., & Madar, A. R. . (2022). Hubungan Antara Efikasi Kendiri, Beban Tugas dan Masalah Kesihatan Mental dalam Kalangan Pensyarah Kolej Vokasional: Relationship Between Self-Efficacy, Workload and Mental Health among Lecturers in Vocational Colleges. Online Journal for TVET Practitioners, 7(1), 1–7. Retrieved from https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/11037

Issue

Section

Articles