Pembangunan Aplikasi Pembelajaran Mobil (M-Learning) Adik Adik Jawi bagi Meningkatkan Pengalaman Pembelajaran dalam Kaligrafi Jawi

The Development of Mobile Learning (M-Learning) Apps Adik Adik Jawi to Enhance Learning Experience in Arabic Calligraphy

Authors

  • Mohd Hatta Hj Mohamed Ali @ Hani Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Anwar Hafidzi Universitas Islam Negeri Antasari
  • Juliana Mohamed Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mariam Abdul Hamid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Ida Aryanie Bahrudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Noorazman Abdul Samad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Jawi calligraphy, mobile learning, learning experience, exploration learning

Abstract

Sejak Malaysia dan seluruh dunia terkesan dengan pandemik COVID 19, semuanya kini terarah kepada bagaimana untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) secara efektif bagi kelangsungan pendidikan. Pastinya pendidikan sangat penting dalam menjamin masa depan rakyat dan negara. Konsep pembelajaran secara mobil (M-Learning) adalah kaedah pembelajaran yang kini menjadi arus perdana kerana diyakini melalui kaedah ini proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dilaksanakan di mana-mana pada bila-bila masa. Namun demikian, berbeza dengan kaedah konvensional terdapat persoalan dalam menggunakan kaedah M-Learning samada keterlibatan pelajar dalam pembelajaran (learning engagement) dan pengalaman pembelajaran (learning experience) akan lebih meningkat atau sebaliknya. Bagi pembelajaran yang melibatkan topik-topik keagaaman pada lazimnya pembelajaran konvensional diadakan secara bersemuka dengan guru (talaqqi). Oleh itu, cabarannya pasti lebih tinggi untuk melihat kejayaan M-Learning dalam topik-topik tersebut. Justeru itu, artikel kajian ini akan membincangkan isu ini dan cuba mengaplikasikannya dalam topik pembelajaraan kaligrafi Jawi. Topik ini sangat penting kerana pemahaman dalam kaligrafi Jawi akan mendorong kepada kebolehan pelajar dalam membaca Jawi sekaligus membaca Al Quran. Sejarah telah membuktikan perkembangan kaligrafi Jawi seiring dengan perkembangan Islam di Nusantara. Ianya adalah akar kepada jatidiri bangsa yang harus dipertahankan dan dikekalkan. Justeru sangat penting kaligrafi Jawi diberikan nafas baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, artikel kajian ini akan membincangkan berkenaan proses pembangunan M-Learning, elemen-elemen penting dalam aplikasi yang mampu menyumbang kepada peningkatan pengalaman pembelajaran pelajar serta hasil ujilari yang dilakukan terhadap para pelajar yang menggunakannya. Kejayaan dalam aplikasi M-Learning ini terhadap bidang kaligrafi Jawi pastinya akan dapat dikembangkan lagi kepada bidang-bidang pembelajaran yang lain khususnya bidang-bidang keagamaan.

Downloads

Published

29-06-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Hj Mohamed Ali @ Hani, M. H., Hafidzi, A., Mohamed, J., Abdul Hamid, M., Bahrudin, I. A., & Abdul Samad, N. (2021). Pembangunan Aplikasi Pembelajaran Mobil (M-Learning) Adik Adik Jawi bagi Meningkatkan Pengalaman Pembelajaran dalam Kaligrafi Jawi: The Development of Mobile Learning (M-Learning) Apps Adik Adik Jawi to Enhance Learning Experience in Arabic Calligraphy. Journal of Quranic Sciences and Research, 2(1), 27-34. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/jqsr/article/view/8679