Pejabat Penerbit telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Disember 2002. Di antara tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada Pejabat Penerbit ialah menerbitkan buku-buku ilmiah serta bahan-bahan ilmiah yang berkaitan dengan penerbitan. Penubuhan Pejabat Penerbit adalah sejajar dengan hala tuju universiti iaitu perkongsian ilmu di antara ahli akademik dan juga komuniti.
Pengarah Penerbit
Bermula dari pembukaan Pejabat Penerbit UTHM, ianya telah diketuai oleh tokoh-tokoh yang berwibawa dengan kapasiti terbaik untuk memimpin dan mengatur urus cara dan hala tuju, sehingga membawa kepada perkembangan dan kepentingannya seperti sekarang. Dalam sejarah penubuhan Pejabat Penerbit UTHM selama 20 tahun ini, bermula dari tahun 2002, Pejabat Penerbit telah diketuai oleh ;
Prof. Madya Dr. Ahmad Zaidi bin Hj. Johari | 2002 - 2004
Prof. Hj. Mohd Imran bin Hj. Ghazali | 2006 - 2008
Prof. Hj. Ahmad Shakri bin Mat Seman | 2008 - 2009
Prof. Dato' Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi | 2009 - 2010
Prof. Dr. Ismail bin Abdul Rahman | 2010 - 2011
Prof. Dr. Mustafa bin Mat Deris | 2011 - 2012
Prof. Madya Dr. Rozilah binti Kasim | 2013 - 2014
Prof. Madya Dr. Sapi'ee bin Jamel | 2015 - 2017
Prof. Ts. Dr. Amir bin Khalid | 2017 - 2023
Prof. Madya Dr. Akmal Nizam bin Mohammed | 2023 - kini
Visi & Misi
Visi
Menjadi penerbit ilmiah tersohor
Misi
Sebagai pemangkin budaya penerbitan dalam kalangan ilmuan dan saluran utama bagi menerbitkan karya-karya ilmiah berkualiti
Objektif Kualiti
Melaksanakan aktiviti penerbitan buku ilmiah dengan sekurang-kurangnya menerbitkan SEPULUH (10) judul buku ilmiah dalam setahun;
Melaksanakan aktiviti penerbitan bahan bantu mengajar dengan sekurang-kurangnya menerbitkan SEPULUH (10) judul modul dan buku teks dalam setahun;
Melaksanakan aktiviti penerbitan jurnal & prosiding dengan sekurang-kurangnya menerbitkan SATU RIBU (1000) artikel jurnal & prosiding dalam setahun;
Melaksanakan aktiviti pemasaran bahan terbitan Pejabat Penerbit dengan sekurang-kurangnya melaksanakan LIMA (5) kali aktiviti pemasaran dalam setahun;
Melaksanakan program-program latihan berkaitan penerbitan untuk staf universiti sekurang-kurangnya DUA (2) kali setahun.