Pejabat Penerbit telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Disember 2002. Di antara tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada Pejabat Penerbit ialah menerbitkan buku-buku ilmiah serta bahan-bahan ilmiah yang berkaitan dengan penerbitan. Penubuhan Pejabat Penerbit adalah sejajar dengan hala tuju universiti iaitu perkongsian ilmu diantara ahli akademik dan juga komuniti.
Pengarah Penerbit
Bermula dari pembukaan Pejabat Penerbit UTHM, ianya telah diketuai oleh tokoh-tokoh yang berwibawa dengan kapasiti terbaik untuk memimpin dan mengatur urus cara dan hala tuju, sehingga membawa kepada perkembangan dan kepentingannya seperti sekarang. Dalam sejarah penubuhan Pejabat Penerbit UTHM selama 20 tahun ini, bermula dari tahun 2002, Pejabat Penerbit telah diketuai oleh ;
Prof. Madya Dr. Ahmad Zaidi bin Hj. Johari | 2002 - 2004
Prof. Hj. Mohd Imran bin Hj. Ghazali | 2006 - 2008
Prof. Hj. Ahmad Shakri bin Mat Senam | 2008 - 2009
Prof. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi | 2009 - 2010
Prof. Dr. Ismail bin Abdul Rahman | 2010 - 2011
Prof. Dr. Mustafa bin Mat Deris | 2011 - 2012
Prof. Madya Dr. Rozilah binti Kasim | 2013 - 2014
Prof. Madya Dr. Sapi'ee bin Jamel | 2015 - 2017
Prof. Ts. Dr. Amir bin Khalid | 2017 - 2023
Dr. Akmal Nizam bin Mohammed (Pengarah Penerbit)
Visi & Misi
Visi
Menjadi penerbit ilmiah tersohor
Misi
Sebagai pemangkin budaya penerbitan dalam kalangan ilmuan dan saluran utama bagi menerbitkan karya-karya ilmiah berkualiti
Objektif
Menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bentuk media cetak dan elektronik
Menyediakan khidmat sokongan penerbitan dan percetakan bahan ilmiah
Mengawal selia hak cipta intelek yang berkaitan hasil penerbitan ilmiah universiti
Menguruskan penerbitan bagi bahan-bahan yang dikemukakan oleh PTJ universiti
Melaksanakan kursus-kursus berkaitan penulisan dan penerbitan ilmiah kepada staf akademik
Menyelia dan memantau Sistem Maklumat Pengurusan Penerbitan Universiti
Mempromosi dan memasarkan hasil-hasil penerbitan universiti
Mangurus dan menganjurkan Anugerah Penerbitan Universiti