Skip to main content

Sumbangan Komuniti Pengutip Sampah dalam Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia

komuniti-pengutip-sampah Sumbangan Komuniti Pengutip Sampah dalam Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia

• ISBN : 978-967-5457-99-9

• Penulis : Seow Ta Wee

• Jumlah mukasurat : 119ms

• Harga : RM20.00

• Tahun : 2012

Isu sisa pepejal merupakan satu isu multidisiplin yang melibatkan pelbagai bidang seperti kejuruteraan, sains, ekonomi, kesihatan, dan sosial. Dalam isu sosio ekonomi pengurusan sisa pepejal,  pengutip sampah merupakan salah komuniti yang tidak boleh dipinggirkan. Golongan ini bekerja dalam suasana persekitaran yang kotor dan mengutip sampah yang bernilai untuk dikitar semula.

Tertimbulnya buku ini ditulis dan diterbit adalah hasil daripada penyelidikan saya serta pemerhatian saya sekian lama dalam bidang pengurusan sisa pepejal. Golongan pengutip sampah sepatutnya diberikan penghargaan yang tinggi oleh masyarakat kerana golongan inilah yang mengutip sampah dan mengasing sampah mengikut jenis sampah yang kita buang di tepi jalan, tong sampah dan di tapak pelupusan. Malangnya masyarakat kita memandang rendah terhadap mereka atas sifat pekerjaan mereka.

Buku ini mengupas sifat pengutip sampah, pengutip sampah di luar negara, latar belakang responden pengutip sampah di negeri Johor, isu sosial, isu ekonomi, isu kesihatan, pengetahuan mereka terhadap persekitaran kerja serta cadangan terhadap pengurusan pengutip sampah. Dengan harapan buku ini dapat membantu penyelidik dan pembuat dasar terutamanya dalam bidang pengurusan sisa pepejal berkaitan dengan aspek sosioekonomi pengutip sampah.

Teaching and Learning Mathematics using CDiCL Making Sense Through Computers Within Teamwork

cdicl Teaching and Learning Mathematics using CDiCL Making Sense Through Computers Within Teamwork

• ISBN : 978-967-5457-74-6

• Penulis : Mohd Sazali Khalid, Helmi Adly Mohd Noor

• Jumlah mukasurat : 198ms

• Harga : RM30.00

• Tahun : 2012

This book is to address the shortcomings of teaching and learning mathematics and sciences in the world of polytechnic with a product called CDiCL (an acronym to Compact Disk interactive within Collaborative Learning environment) from the lense of the first author teaching three establishments of learning namely schools, Polytechnic Kota Bharu (PKB)  and a university in this country within the span of 25 years. In doing so he delved on some important points like anxiety and misconceptions among teachers and lecturers delivering subjects on ICT while their students look so eager to learn anything from computers. Hopefully the book delivers interesting points for public concerns  in Malaysia, Indonesia and Brunei Darul Salam.

Wanita dan Kepelbagaian

wanita-dan-kepelbagaian Wanita dan Kepelbagaian

• ISBN : 978-967-5457-97-5

• Editor : Nazarudin Zainun, Ishak Saat, Md. Nasir Misran

• Jumlah mukasurat : 213ms

• Harga : RM28.00

• Tahun : 2012

Wanita dan Kepelbagaian merupakan buku kumpulan esei pilihan yang memfokuskan tentang genda wanita dengan kepelbagaian persoalan. Tema dan persoalan yang diketengahkan memaparkan pelbagai aspek kehidupan wanita. Dalam buku ini terkandung 10 esei terpilih yang meliputi persoalan peribadi wanita muslimah, imej alam dan wanita, bahasa wanita dan pembentukan identiti, wanita dan pembuatan terendak, hak wanita atas harta sepencarian, peranan wanita dari sudut sosial, wanita dan pemakanan serta wanita dan pembelajaran.

Wanita seringkali dikaitkan sebagai unsur negatif seperti kaum wanita itu lemah dan tidak boleh berdikari. Tanpa lelaki kaum wanita tidak akan kemana. Lantaran itu, buku ini cuba memaparkan bahawa kaum wanita tidak seperti apa yang diperkatakan atau buku ini cuba menyangkal kefahaman umum masyarakat bahawa mereka itu lemah dan bersifat kebergantungan kepada kaum lelaki. Namun harus diingat bahawa buku ini bukan pula bertujuan untuk menidakkan peranan kaum lelaki tetapi hanya ingin mengangkat kaum wanita yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tidak terdapat pada kaum lelaki.

Justeru itu, tujuan buku ini diusahakan demi untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang peranan, sumbangan dan kepentingan kaum wanita dalam masyarakat. Maka buku ini dibaca oleh semua lapisan masyarakat dengan tujuan untuk menambahkan pengetahuan tentang kelebihan kaum wanita.