Kajian Ulasan Berkenaan Bahan Yang Menyumbang Dalam Penghasilan Komponen Pasang Siap Ringan Bagi Industri Pembinaan.

Authors

  • Nik Muhammad Akif Nik Mazlan Faculty of Civil Engineering and Built Environment, UTHM
  • Dr Sushilawati Binti Ismail Faculty of Civil Engineering and Built Environment, UTHM

Keywords:

Komponen pasang siap, Komponen ringan.

Abstract

Komponen pasang siap ringan adalah salah satu jenis struktur yang digunakan dalam kaedah pembinaan berindustri bagi sesuatu projek pembinaan. Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam penghasilan komponen pasang siap ringan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis bahan yang digunakan dan seterusnya membincangkan sifat-sifat bahan dan kesesuaian penggunaannya sebagai komponen dalam projek pembinaan. Kajian kualitatif ini dimulai dengan kajian literatur secara sistematik dengan menggunakan pengkalan data Scopus dan Science Direct. 25 artikel yang relevan telah dikumpulkan dan dianalisis kandungannya secara sistematik. Bahan seperti Styrofoam, gentian kaca, abu terbang dan sekam padi adalah antara bahan yang popular yang digunakan dalam komponen pasang siap ringan kerana sifatnya yang tinggi dari segi kekuatan, ketumpatan, lenturan, penebat haba, mampatan serta kekonduksian haba yang rendah. Diharapkan kajian ini dapat memberi pendedahan kepada pengamal pembinaan tentang kepelbagaian bahan yang menyumbang kepada penghasilan komponen ringan. Sekaligus dapat menjadi sumber rujukan dalam pemilihan dan penentuan jenis bahan yang sesuai untuk komponen pasang siap bagi struktur tertentu secara khususnya mahupun bagi jenis binaan tertentu secara amnya.

Downloads

Published

15-05-2023

How to Cite

Nik Mazlan, N. M. A., & Dr Sushilawati Binti Ismail. (2023). Kajian Ulasan Berkenaan Bahan Yang Menyumbang Dalam Penghasilan Komponen Pasang Siap Ringan Bagi Industri Pembinaan. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 4(1), 411-422. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/5868