Amalan Pengurusan Bahan Sisa Binaan Di Tapak Pembinaan Sekitar Kuantan, Pahang Mengikut Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, 2007

Authors

  • AFIQAH AZMIRA RIZUAN FATHER

Keywords:

Sisa bahsn binaan, Pengurusan

Abstract

Abstrak: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara mewartakan Akta 672 Peraturan-peraturan Pengurusan Sisa Pepejal Awam, 2007 dengan menetapkan langkah pengurusan sisa binaan dengan cara pengasingan mengikut jenis sisa dan dikutip oleh syarikat pemungutan berlesen serta merekod sisa yang telah dilupuskan. Objektif kajian ini ialah untuk menggenalpasti sisa bahan binaan yang terdapat di tapak pembinaan dan mengetahui amalan pengurusan sisa bahan tersebut serta menaksir kepatuhan amalan pengurusan sisa bahan binaan mengikt Akta 672 yang melibatkan lima (5) tapak pembinaan di sekitar Kuantan, Pahang. Kajian ini dijalankan dengan menemu bual responden dan data yang terkumpul dianalisis menggunakan pendekatan penyelidikan secara kualitatif bagi mendapatkan peratusan sisa bahan binaan serta amalan pengurusan binaan yang dilakukan. Hasil dapatan menunjukkan sisa bahan kayu dan batu baur kerap di temui di tapak pembinaan, amalan kitar semula kerap digunapakai bagi mengurus sisa binaan serta hanya 40% responden yang mengikuti amalan pengurusan sisa binaan mengikuti JPSPN. Ini menunjukkan bahawa amalan pengurusan sisa binaan masih belum dipraktikan sepenuhnya oleh pihak pengurusan pembinaan di sekitar Kuantan dan perlu diperbaiki bagi mengawal jumlah sisa bahan yang terbiar dan tidak terurus.

 

Kata kunci: Sisa bahan binaa, Pengurusan

 

Abstract: The Nasional Solid Waste Management Department (JPSPN) gazzeted Act 672 of the Solid Waste and Public Cleansing Act 2007 by prescribing construction waste management measures by sorting depend on type of waste and collected by licensed collection companies and recording the waste that has been disposed. The objective of this study is to identify the construction waste material around construction sites and determine the practices of waste material management accordance with Act 672 that involving five (5) respondents around Kuantan, Pahang. This study was conducted by interviewing respondents and collected data was analyzed using a qualitative research approach to obtain the percentage for type of waste materials found and their practices to manage them. The outcome from this study states that recycling practices is often used to manage the construction waste materials and only 40% of respondents had followed the practices exactly according to Act 672 of JPSPN regulations. This show that the practices of construction waste management is still not fully practices by the construction management around Kuantan, Pahang and need to improve to control the amount of waste material that is idle and unmanaged. 

 

Keywords: Waste materials, management   

Downloads

Published

15-05-2023

How to Cite

RIZUAN , A. A. (2023). Amalan Pengurusan Bahan Sisa Binaan Di Tapak Pembinaan Sekitar Kuantan, Pahang Mengikut Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, 2007. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 4(1), 152-161. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/5718