Kajian Penggunaan Kemudahan Jejantas Pejalan Kaki di KM6.5 (FT050)-Hadapan Syarikat Sin Kwang Plastic, Batu Pahat, Johor

Authors

  • Haziq Al Imran Hanapi Faculty of Civil Engineering and Built Environment, UTHM
  • Noorliyana Omar Faculty of Civil Engineering and Built Environment, UTHM

Keywords:

Pejalan Kaki, Kemudahan Jejantas

Abstract

Pejalan kaki adalah individu yang berjalan untuk sampai ke destinasi. Ia merupakan satu komponen utama di dalam sistem pengangkutan lalulintas. Kajian mengenai keberkesanan penggunaan jejantas adalah untuk menentukan purata pejalan kaki yang menggunakan kemudahan jejantas. Walaubagaimanapun, kos pembinaan kemudahan jejantas terlalu tinggi, dan berkemungkinan tidak akan digunakan oleh orang awam. Jika projek tidak dirancang dengan teliti, maka akan mengakibatkan pembaziran sumber. Kadar penggunaan jejantas telah diperhatikan di KM50 Jalan Kluang iaitu di hadapan Syarikat Sin Kwang Plastic dan dua buat sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah. Satu set data telah dikumpulkan di lokasi tersebut; iaitu purata pejalan kaki yang menggunakan jejantas tersebut. Hasil daripada analisis data telah menunjukkan bahawa kadar penggunaan jejantas adalah berkadar secara langsung mengikut kategori pejalan kaki. Berdasarkan data yang diperolehi, penggunaan jejantas banyak digunakan oleh pejalan kaki yang berada di kawasan tersebut. Di samping itu, reka bentuk kemudahan jejantas yang memberi keselesaan dan keselamatan juga memainkan peranan penting untuk keberkesanan penggunaan jejantas. Pelbagai langkah boleh dilaksanakan untuk meningkatkan penggunaan kemudahan jejantas hasil daripada kajian ini. Untuk mencapai keputusan yang lebih baik, kajian tambahan dalam bidang tambahan mesti dijalankan

Downloads

Published

11-07-2023

How to Cite

Hanapi, H. A. I., & Omar, N. (2023). Kajian Penggunaan Kemudahan Jejantas Pejalan Kaki di KM6.5 (FT050)-Hadapan Syarikat Sin Kwang Plastic, Batu Pahat, Johor. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 4(2), 64-71. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/5679