Kajian Terhadap Penjanaan Sisa Landskap di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Authors

  • Siti Raudah Hasim
  • Noor Yasmin Zainun

Keywords:

Sisa landskap, Komposisi sisa, Kaedah pengurusan sisa

Abstract

Setiap landskap yang dibina akan menghasilkan sisa landskap tersendiri kesan daripada proses penyelenggaraan dan pembersihan yang dilaksanakan. Bagi memastikan landskap di sekitar kawasan UTHM sentiasa kelihatan kemas dan teratur UTHM menjana sisa landskap setiap hari. Oleh itu, kajian dalam menentukan jumlah penjanaan sisa landskap, mengenalpasti komposisi penjanaan sisa landskap dan cadangan terhadap kaedah yang sesuai untuk pengurusan sisa lestari bagi sisa landskap di UTHM. Sisa landskap yang terhasil akan ditimbang menggunakan alat penimbang elektronik sebelum dibuang ke tapak pelupusan. Jumlah penjanaan sisa landskap yang diperolehi bagi bulan Desember 2021 adalah sebanyak 8063.19 kg dengan komposisi sisa yang paling banyak ditemui adalah sisa batang pokok, ranting, dahan, sisa daun, sisa pelepah pokok, keratin rumput dan sisa buah tandan. Hasil daripada data dan maklumat yang ditemui, kajian ini mencadangkan kaedah sungkupan (Mulching) untuk menguruskan sisa landskap yang terhasil.

Abstract: Each landscape built will produce its own landscape waste as a result of the maintenance and cleaning process carried out. To ensure that the landscape around the UTHM area always looks neat and orderly, UTHM generates landscape waste every day. Therefore, the study in determining the amount of landscape waste generation, identifying the composition of landscape waste generation and propose on the appropriate method of sustainable waste management for landscape waste in UTHM. The resulting landscape waste will be weighed using electronic scales before being disposed of at a landfill. The total landscape waste generation obtained for December 2021 was 8063.19 kg with the waste composition were tree trunk waste, twigs, branches, leaf waste, tree frond waste, grass and bunch fruit waste. As a result of the data and information found, this study proposes a mulching method to manage the resulting landscape waste generation.

Downloads

Published

09-01-2024

How to Cite

Hasim, S. R. (2024). Kajian Terhadap Penjanaan Sisa Landskap di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (N. Y. Zainun , Trans.). Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 4(3), 94-100. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/5606