Keselesaan Haba Hasil Pengudaraan Semulajadi Di Bangunan Tinggi

Authors

  • Nur Amalina Hanapi
  • Muhammad Na’im Aziz

Keywords:

Keselesaan Haba, Pengudaraan Semulajadi, Bangunan Tinggi

Abstract

Keselesaan haba merupakan faktor yang amat penting yang harus dititikberatkan bagi sesebuah bangunan.  Isu yang diutarakan dalam penulisan ini ialah keupayaan pengudaraan semulajadi di bangunan tinggi terhadap keselesaan haba. Kajian ini telah dilakukan melalui kajian kes yang diambil dari sumber penyiasatan tentang tahap keselesaan haba hasil dari pengudaraan semulajadi di banggunan tinggi. Keputusan penyelidikan ini diambil berdasarkan data-data kajian lepas yang diperolehi melalui kumpulan bacaan dan kesannya terhadap memenuhi keselesaan haba bagi pengguna. Kajian ini juga hanya menumpukan faktor fizikal dengan mengkaji hubungan pengukuran fizikal seperti suhu, kelembapan dan halaju angin sebagai faktor yang mempengaruhi tahap keselesaan termal bagi banggunan tinggi. Akhirnya penulisan ini juga menjangkakan penerapan pembangunan ventilasi semulajadi dapat memuaskan tahap keselesaan haba bagi pengguna banggunan tinggi tersebut.

Downloads

Published

06-07-2021

How to Cite

Hanapi, N. A., & Aziz, M. N. . (2021). Keselesaan Haba Hasil Pengudaraan Semulajadi Di Bangunan Tinggi. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 2(1), 52-57. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/1713