Hubungan antara Keterlibatan Pekerja dan Tingkah Laku Kerja Inovatif di Syarikat Pembuatan di Beranang, Selangor

Authors

  • Nurul Dania Nadhira Amirrudin UTHM
  • Mohd Zarir Yusoff

Keywords:

Tingkah Laku Kerja Inovatif, Keterlibatan Pekerja

Abstract

Industri pembuatan terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi negara. Keterlibatan pekerja dan tingkah laku kerja inovatif menjadi dua perkara yang penting dalam mewujudkan industri berkembang maju dan berkebolehan dalam mencipta sesuatu inovasi. Walau bagaimanapun pada tahun 2021 mencatatkan penurunan dari segi tahap inovasi berdasarkan kepada Indeks Inovasi Global. Tingkah laku kerja yang inovatif merupakan antara faktor utama dalam menangani cabaran baharu yang mesti ditempuhi bagi mengekalkan kelebihan daya saing. Keterlibatan pekerja dilihat sebagai anteseden penting bagi tingkah laku kreatif. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap keterlibatan pekerja, mengkaji tahap tingkah laku kerja inovatif dan menentukan hubungan antara keterlibatan pekerja dan tingkah laku kerja inovatif dalam kalangan pekerja di syarikat pembuatan di Beranang, Selangor. Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif sebagai instrumen utama di mana borang soal selidik diedarkan secara atas talian. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 226 orang pekerja di syarikat pembuatan di Beranang, Selangor dengan pulangan sebanyak 70% daripada pensampelan kajian. Kajian ini telah menggunakan persampelan mudah. Seterusnya, analisis deskriptif dan analisis korelasi telah dilakukan ke atas data yang dikumpul menggunakan perisian statistik untuk sains sosial (SPSS). Kajian ini mendapati keterlibatan pekerja dan tingkah laku kerja inovatif berada pada tahap sederhana. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara keterlibatan pekerja dan tingkah laku kerja inovatif. Oleh itu, kajian ini diharap dapat membantu pengurus dan pekerja di syarikat pembuatan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku kerja inovatif pekerja seterusnya berusaha dalam meningkatkan prestasi syarikat.

Downloads

Published

29-05-2023

Issue

Section

Article

How to Cite

Amirrudin, N. D. N. ., & Mohd Zarir Yusoff. (2023). Hubungan antara Keterlibatan Pekerja dan Tingkah Laku Kerja Inovatif di Syarikat Pembuatan di Beranang, Selangor. Research in Management of Technology and Business, 4(1), 48-63. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9928